Filem live-action pertama Sonic the Hedgehog yang mula ditayangkan pada Februari lalu merupakan satu kejayaan global yang mengejutkan. Ia mendapat reaksi positif ramai, dan ada berita gembira untuk para penggemar filem ini.
Sekuel kepada filem Sonic the Hedgehog kini dalam pembangunan, lapor Variety. Paramount Pictures Sega Sammy telah mengesahkan bahawa filem ini bakal diterbitkan dengan mengekalkan pasukan kreatif dan pengurusan teras yang sama dengan filem pertamanya.
Jeff Fowler akan kembali sebagai pengarah, bersama-sama dengan Pat Casey dan Josh Miller sebagai penulis skrip.
Walau bagaimanapun, disebabkan filem ini masih di peringkat awal produksi, tiada sebarang butiran lanjut didedahkan.
Sonic the Hedgehog kini merupakan filem adapatasi dari video game dengan kutipan tertinggi dicatatkan untuk hujung minggu pembukaan dalam sejarah berdasarkan kutipan di Amerika Syarikat. Filem yang menampilkan hero ikonik berwarna biru itu telah menolak rekod yang sebelum ini dipegang oleh Detective Pikachu.
Apa yang korang mahu saksikan dalam sekuelnya nanti?
Comments
Loading…