in , , ,

Sekuel Fallen Order Dilaporkan Berjudul Star Wars Jedi: Survivor

Game kedua dalam siri Star Wars Jedi dilaporkan berjudul Star Wars Jedi: Survivor.

Laporan ini terbaharu ini hadir daripada wartawan tersohor, Jeff Grubb ketika bersiaran secara langsung dalam rancangan Grubbsnax, lapor VGC.

Semasa dalam rancangan itu, Grubb berkata yang beliau tahu tentang apakah judul sekuel untuk Star Wars Jedi: Fallen Order, dan selepas ada seorang penonton menekanya di chat dengan tepat, Grubb terus mengesahkannya.

“Survivor.. Star Wars Jedi: Survivor.. kamu betul,” ujar Grubb. “Kamu tekanya dengan tepat. Syabas. Itulah namanya.” Walau bagaimanapun, beliau tidak mengulas lebih lanjut tentang judul tersebut.

Secara rasminya, kita tidak diberitahu lagi sama ada game itu sebenarnya adalah sekuel, prekuel atau satu spin-off kepada game pertama. Walau bagaimanapun, EA sebelum ini sudah mengesahkan yang mereka akan terus melabur ke dalam francais yang dibangunkan Respawn Entertainment itu.

Game ini dijangka akan didedahkan semasa Star Wars Celebration yang bakal berlangsung pada 26 hingga 29 Mei ini. Siri game ini juga tidak mustahil membuat penampilan serta mempunyai perkaitan dalam siri Obi-Wan Kenobi yang akan mula menemui penonton Disney+ pada 27 Mei ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Netflix Keluarkan 2 Trailer Baharu Untuk Siri Live-Action Resident Evil

Another Crab’s Treasure: Game Macam Dark Souls, Tapi Main Sebagai Seekor Ketam