Menu
in

Sekitar 10 Game Baru Akan Diumumkan Semasa The Game Awards 2019, Tiada Resident Evil 3 Remake

Geoff Keighley, penerbit The Game Awards, teleh tampil di Reddit AMA untuk memberikan peluang kepada peminat untuk bertanyakan soalan (dan beliau cuba jawab) tentang apakah yang akan berlaku dalam anugerah berprestij yang bakal berlangsung pada minggu hadapan itu.

Antara info baru berdasarkan soalan yang diajukan, Keighley mendedahkan bahawa sekitar 10 game baru akan diumumkan sepanjang acara yang akan berlangsung selama dua setengah jam itu. Dan ada daripada senarai game tersebut yang masih belum lagi tertiris di Internet.

“Macam biasa, Internet memiliki banyak info salah tentang apakah yang akan diperlihatkan dalam acara itu nanti… tapi ia pastinya terhibur membacanya,” kata Keighley.

Beliau turut telah menyatakan bahawa remake untuk Resident Evil 3 yang kononnya dikatakan akan diumumkan dalam majlis anugerah itu, adalah tidak benar.

The Game Awards 2019 akan berlangsung pada 13 Disember 2019, 9.30 pagi (waktu Malaysia). Kita boleh saksikannya di saluran Youtube dan Twitch rasmi acara ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version