in , , , , ,

Sekiro: Shadows Die Twice – Game Baru Dari Developer Dark Souls/Bloodborne!

Bagi aku yang tengah melayan novel-novel wuxia kungfu, game ni buat aku menggigil keseronokan!

FromSoftware, developer yang membangunkan siri Dark Souls dan Bloodborne telah mengumumkan game terbaru mereka di pentas Xbox di E3 2018 sebentar tadi.

Game bernama Sekiro: Shadows Die Twice ini akan diterbitkan oleh Activision dan diarahkan oleh Hidetaka Miyazaki.

Khabarnya game ini nanti akan menceritakan kisah seorang pahlawan di zaman Sengoku Jepun dalam menjalankan misi menyelamatkan tuannya dan membalas dendam ke atas musuh utamanya.

Sinopsis macam meh, tapi jika melihat portfolio FromSoftware sebelum ini, game ini pastinya menjadi game menerima #TakKenaJiwa ramai gamers kerana genrenya yang terkenal susah.

Art direction, tema dan time period game ini juga mengingatkan penulis kepada Nioh. Satu lagi game action RPG yang terkenal susah. Apa-apa pun, Sekiro: Shadows Die Twice ini dijangka diterbitkan pada awal 2019 bagi platform PS4, PC dan Xbox One!

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

The Awesome Adventures of Captain Spirit Adalah Game Percuma Terbaru Yang Berada Dalam Dunia Life is Strange

Beat Saber: Game Yang Menggabungkan Guitar Hero Dan Star Wars Diumumkan Untuk PlayStation VR