in , , , , ,

SEKIRO: SHADOWS DIE TWICE: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

Sila ninggal berkali-kali dari FromSoftware

Menyatakan sebuah video game dari From Software pastinya sudah basi diperkatakan dalam komuniti gaming. Namun begitu, pujian sememangnya patut diberikan kepada studio ini kerana berjaya meneruskan tradisi memberikan pemain dengan cabaran yang cukup susah dalam video game mereka, dan pada masa sama juga cukup mengujakan.

SEKIRO: SHADOWS DIE TWICE: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

Bagi mereka yang cukup kenal dengan siri Souls atau Bloodborne, korang akan dikejutkan dengan sesuatu yang lebih menyegarkan, atau bagi sesetengah mengecewakan. Ini kerana FromSoftware kini lebih menekankan gameplay pertarungan yang jauh lebih agrasif dan lebih mengetengahkan kebolehan parry(menepis). Sekiro juga memberikan kawalan yang jauh lebih lincah dengan pelbagai alatan ala seorang ninja. Disamping itu, pemain juga diberikan pilihan melakukan pelbagai stealth kill yang cukup pelbagai dan memuaskan.

Seperti yang diperkatakan sebelum ini, fokus kali ini diberikan pada sistem parry dan jika pemain gagal menguasainya, pemain pastinya akan dihukum dengan keras. Sebaliknya, jika pemain berjaya menguasai sistem parry dengan sempurna, Sekiro akan menjadi lebih mudah dari mula hingga akhir.

SEKIRO: SHADOWS DIE TWICE: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

Sekiro berkongsi sedikit sebanyak persamaan dengan siri-siri sebelumnya dari segi penceritaan dan penyampaian. FromSoftware lebih selesa untuk pemain menyingkap sendiri apa yang ada didalam dunia yang telah mereka bina daripada menerangkan satu persatu apa apa yang terjadi sebenarnya. Harus ditekankan bahawa dunia zaman feudal jepun dengan sedikit sebanyak mitos dan teknologi cukup menarik!

KEPUTUSAN – BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

SEKIRO: SHADOWS DIE TWICE: BOLEH BELI OR BOLEH BLAH!?

Rekaan visual yang menyegarkan, penceritaan yang menarik dan gameplay yang lebih diperkemaskan, Sekiro: Shadows Die Twice satu keluaran FromSoftware paling menarik setakat ini. Sesungguhnya sebuah game yang boleh dikategorikan sebagai BOLEH BELIdan pastinya akan dicalonkan sebagai Game of the Year.

Namun begitu, jika korang hendak bermain secara santai dan berehat ketika bermain video game, dinasihatkan elakkan sahaja game ini kerana ianya sangat menghukum apabila pemain gagal menguasai sistem pertarungan dan kerap melakukan kesilapan.

+ Rekaan visual yang mengujakan
+ Dunia yang lebih luas untuk diterokai
+ Gameplay yang lincah, pelbagai dan padat
+ Ganjaran kepada pemain yang menguasai sistem pertarungan

Sangat menghukum pemain atas kesilapan

Sekiro: Shadows Die Twice boleh didapati di PC, PS4 dan XBO mulai 22 Mac 2019.

Written by Azhar Yusof

Seorang PC enthusiast. Indie game lover.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Masih Tak Faham Apa Itu Google Stadia? Ini 11 Perkara Yang Korang Perlu Tahu

Inilah Gameplay Pertama Battle Royale Dalam Battlefield V, Aksi Penuh Berapi Di Darat, Laut Dan Udara