Selepas diumumkan di E3, game terbaru dari From Software, Sekiro: Shadows Die Twice akan mempunyai fungsi resurrection. Ada sesetengah peminat risau jika game ini akan menjadi lebih senang daripada dua siri yang sebelum ini.
Namun, From Software berkata dalam satu sesi temu bual bersama dengan Gamespot bahawa peminat tidak perlu risau kerana Sekiro “adalah lebih mencabar daripada Dark Souls dan Bloodborne.”
“Kami fikir tahap keseronokan yang akan ada dalam game ini adalah pelbagai dan sangat meluas dari pemain ke pemain. Jika kamu adalah seorang pemain yang suka mengambil masa dan suka menggabungkan items dengan berhati-hati serta mempelajari pergerakan dan kelemahan musuh, dan juga memerhatikan keadaan sekeliling, kamu akan rasa seronok bila bermain game ini.”
“Rasa ingin tahu semasa kamu meneroka ke dalam dunia Sekiro itu yang akan membuatkan kamu akan menjumpai sesuatu. Mungkin peralatan yang baru kamu jumpa itu akan membuatkan kamu berfikir, ‘Hei, kenapa aku tak gunakan ini terhadap musuh?’ Dan apabila ia berjaya digunakan, ia akan memberikan kepuasan kepada pemain,” Kata pengarah Sekiro dan presiden From Software, Hidetaka Miyazaki.
“Sementara pemain lain yang suka bertindak melulu, mereka akan merasa perasaan kesungguhan itu. Mereka akan mendapat tahap cabaran yang lebih tinggi yang mungkin lebih mencabar daripada dua siri game kami yang sebelum ini. Jadi, kami rasa semua orang akan dapat bermain mengikut kesesuaian dan cara mereka bermain.”
Miyazaki juga menjelaskan kenapa Sekiro, Dark Souls dan Bloodborne tidak mempunyai tahap kesukaran. Beliau juga menekankan walaupun ketiga-tiga siri ini mempunyai persamaan, Shadows Die Twice adalah bukan sebahagian daripada siri Soulsborne. Sekiro juga tidak akan ada mode multiplayer.
Sekiro: Shadows Die Twice akan dikeluarkan pada awal tahun 2019 untuk PS4, Xbox One dan PC.
Comments
Loading…