in , ,

Sekarang Korang Boleh Mainkan “Toss a Coin to Your Witcher” Dalam Beat Saber

Siri tv adaptasi The Witcher merupakan antara tontonan paling popuar di Netflix di seluruh dunia untuk tahun 2019 walaupun ia hanya mula ditayangkan pada 20 Disember.

Salah satu lagu yang dibawakan dalam musim pertama ini yang benar-benar melekat dalam kepala kita ialah lagu yang berjudul “Toss a Coin to Your Witcher” nyanyian watak Jaskier — lagu yang dicipta istimewa untuk Geralt of Rivia.

Kini, lagu tersebut boleh dimainkan dalam Beat Saber untuk platform PC. Korang boleh download lagu tersebut melalui pautan ini, atau lihat dulu gameplay lagu ini dimainkan dalam video di bawah:

Beat Saber merupakan sebuah game yang seakan-akan menggabungkan Guitar Hero dan Fruit Ninja, menggunakan lightsaber seperti dalam Star Wars, dalam persekitaran virtual-reality (VR). Memainkan lagu yang sedang trending dalam game ini pada ketika ini pastinya amat menyeronokkan!

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0
Pemain PS4 Ini Cipta Rekod Dunia Apabila Capai 50 Trofi Platinum Dalam Masa 20 Jam

Pemain PS4 Ini Cipta Rekod Dunia Apabila Capai 50 Trofi Platinum Dalam Masa 20 Jam

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Januari 2020

Koleksi Game Percuma PlayStation Plus Untuk Januari 2020