Sekiranya perintah mengasingkan diri di seluruh dunia berterusan, nampaknya rekod ini akan dipecahkan dengan lebih kerap.

Baru minggu lalu, Steam telah mencapai rekod tertinggi untuk jumlah akaun yang online pada waktu sama, iaitu seramai lebih daripada 20 juta pemain.

Terkini, rekod minggu lalu itu berjaya dipecahkan lagi malam tadi, dengan bilangan pemain serentak online terbaharu dicapai ialah seramai 22,678,529. Secara tepatnya, ia berlaku pada 11 malam, Ahad (waktu Malaysia), atau secara perbandingan berlaku di waktu pagi di Amerika, tengah hari di Eropah dan waktu malam di Asia.

Walau bagaimanapun, rekod ini hanya memecahkan jumlah akaun online serentak, tapi tidak memecahkan rekod pemain yang sedang bermain dalam game, yang mana ia hanya hampir mencecah 7 juta pemain dalam game serentak pada malam tadi. Bermakna, lebih ramai hanya buka sahaja Steam atau cuma melihat-lihat game yang ada di Steam dan tidak bermain apa-apa game.

Adakah rekod ini akan dipecahkan lagi pada hujung minggu hadapan?

Terima kasih, PC Gamer.

JomKomen!