Beliau sekali lagi tampil untuk mengecam Konami.
Guillermo del Toro telah mengeluarkan tweet terbaru, dalam nada berseloroh memberitahu tentang apakah “mesej-mesej yang benar” sehingga ke hari ini. Antara mesej tersebut adalah ucapan “F**K Konami”.
Ini bukanlah kali pertama del Toro mengeluarkan kenyataan mengecam Konami sebegini. Awal bulan ini, beliau turut mengeluarkan ayat kecaman yang sama apabila beliau mengetahui bahawa sahabat baiknya, Hideo Kojima dipisahkan daripada pasukan pembangunan Metal Gear Solid 5 sepanjang 6 bulan terakhir pembangunan game tersebut.
Sekiranya anda tidak tahu, Konami turut membatalkan projek Silent Hills antara Del Toro dan Kojima selepas teaser PT dikeluarkan serta mendapat pujian ramai.
Comments
Loading…