in ,

Segarkan Ingatan Korang Dengan Video Kenangan Trilogi Uncharted Ini!

Tepat sebulan dari tarikh hari ini, kita bakal merasai episod keempat dan terakhir siri Uncharted. Sudahkah korang bersedia?!

uncharted-4-special-edition-001

Sebagai peminat kipas-susah-mati siri Uncharted, pastinya korang mengingati setiap detik dan babak yang telah korang lalui dalam perjalanan sebagai pencari harta karun yang kacak, Nathan Drake. Tetapi tidak semua pemain di luar sana yang memainkan kesemua siri Uncharted. Dan sekiranya bermain kesemuanya pun, tidak ramai yang mempunyai ingatan yang kuat.

Jadi, YouTuber PythonSelkanHD telah menyunting sebuah video yang mengumpulkan kesemua detik-detik dan babak-babak ikonik dalam trilogi Uncharted dan boleh dijadikan sebagai “ulangkaji” kepada semua pemain.

Apa yang membuat video ini menarik adalah ia disunting dengan gaya seperti sebuah recap dalam sesebuah siri TV.

Jadi, apa yang korang tunggu lagi? Jom layan trailer 9 minit yang sungguh mendebarkan ini! (video di atas)

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Star Ocean 5: Video Gameplay Versi Bahasa Inggeris Selama 70 Minit!

XCOM 2: Minat Fire Emblem Fates? Jom Try Mod Ni!