in , , , ,

Segalanya Yang Korang Perlu Tahu Tentang Versi Demo FIFA 19 – Tarikh Keluar, Senarai Pasukan, Game Mode!

Piala Dunia dah habis, masa untuk beralih fokus ke musim baru!

FIFA 19 akan dilancarkan sepenuhnya kira-kira dua bulan dari sekarang, iaitu pada 28 September 2018. Kita semestinya sudah semakin tidak sabar untuk mencuba versi demonya, bagi mendapatkan gambaran apakah pembaharuan yang bakal dibawakan ke dalam siri game ini pada tahun ini.

Jadi, artikel ini akan menyediakan korang dengan segala info tentang versi demo FIFA 19!

Tarikh Pelancaran

Seperti kebiasan setiap tahun, versi demo untuk siri game ini akan dikeluarkan dua minggu sebelum game sebenar dilancarkan. Maka, versi demo yang korang boleh muat-turun secara percuma ini akan dikeluarkan pada 11 September 2018.

Platform

Bermula tahun ini, EA Sports buat pertama kalinya akan meninggalkan platform konsol generasi terdahulu dalam melancarkan siri FIFA. FIFA 19 akan hanya dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One, serta tidak akan melancarkannya di PS3 dan Xbox 360.

Jadi, secara mudahnya, versi demo juga akan hanya dikeluarkan di PC, PS4 dan Xbox One. Kepada korang yang masih lagi bermain di PS3 dan Xbox 360, inilah masanya untuk berpindah ke generasi konsol masakini.

Senarai Pasukan

Versi demo FIFA 19 akan membawakan sembilan pasukan yang korang boleh cuba, yang mana semuanya adalah kelab dari Eropah. Kelab-kelab tersebut ialah:

  • AtlΓ©tico de Madrid
  • Borussia Dortmund
  • FC Bayern
  • Juventus
  • Manchester City
  • Manchester United
  • Paris Saint-Germain
  • Real Madrid
  • Tottenham Hotspur

Game Mode

Tiga game mode akan ditampilkan dalam versi demo FIFA 19. Pertama adalah Kick-Off, mode exhibition biasa yang korang boleh mainkan.

Keduanya, EA Sports pastinya ingin memperkenalkan UEFA Champions League (UCL) kepada para pemain, satu lesen yang akan pertama kali muncul dalam siri game FIFA, selepas 10 tahun menjadi hak eksklusif dalam siri game PES. Persembahan dan UI yang bertemakan UCL akan diketengahkan dalam mode ini.

Ketiga, mereka turut membawakan mode The Journey: Champions, kisah ketiga dan terakhir untuk Alex Hunter, karakter pemain bola sepak rekaan yang terdapat dalam story mode FIFA ini. Seperti tahun-tahun sebelum ini, EA Sports pastinya akan memberikan sedikit gambaran untuk pemain cuba apakah yang ditampilkan dalam kisahnya pada kali ini dalam versi demo ini.

Saiz Fail

Berapakah saiz fail untuk versi demo ini? Ia tidaklah terlalu besar.

Di PS4, saiz yang akan korang muat-turun ialah 7.3GB, manakala di Xbox One, saiznya ialah 8GB. EA Sports masih tidak mendedahkan saiz fail untuk platform PC.

Jadi, peminat tegar FIFA semua harap bersabarlah ya. Awal bulan September nanti korang akan dapat cuba versi demo ini!

JomBaca:Β Cristiano Ronaldo Berpindah Ke Juventus – Apa Bakal Terjadi Kepada Muka Hadapan FIFA 19?

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Apa Yang Korang Boleh Lakukan Dengan Kuota Internet Sebanyak 60GB? TM Perincikan Untuk Korang

ID Pemain Rainbow Six Siege Kini Akan Diharamkan Dengan Serta-Merta Apabila Mengeluarkan Kata-Kata Berbaur Kebencian