Masih belum dapat kerapu emas dan siakap purple? Event Water Festival di dalam Pokemon Go akan Bermula dari 23 Ogos 2019 yang akan berlangsung selama seminggu! 

Tambahan Spawn Pokemon Air Di Darat dan Kawasan Perairan! 🐳🐬🐟🦈

Ikan naik darat! Inilah masa untuk farm water pokemon dari berjalan mencari ‘sarang’ Pokemon jenis air. Termasuklah Lapras dan Pokemon stage 2!

Kebanyakan water pokemon akan spawn lebih di darat dan lagi berganda apabila berdekatan dengan kawasan perairan. Seronoklah sesiapa yang tinggal berdekatan dengan sungai atau pantai, kot kot lah dapat shiny Lapras!

Uxie, Antara Legendary Lake Trio Kembali dan Pokemon Air Yang Lain di Dalam Raid

Korang belum dapatkan Shiny RayRay? Cepat sebelum Uxie kembali sebagai boss Tier 5 nanti! Pokemon Air yang lain seperti Vaporeon, Blastoise, Lapras akan berada di dalam raid juga.

Shiny Baru – Ikan Bilis, Keli, Pihrana dan Sharknado Megherlit!✨

Carvanha serta evolve-nya, Sharpedo dan Barboach termasuk evolve form Whiscash mendapat variasi shiny terbaru. Cantiklah pula piranha turquoise ni dengan bilis emas! Pokemon Air lain turut akan mendapat rate shiny yang lebih tinggi ketika event ini berlangsung.

Kuasa Ketam – Ketukan Ketam 🦀

Sumber: thegreyzen.

Sebuah move baru diperkenalkan untuk Kingler dan Crawdaunt yang dipanggil Crab Hammer. Move ini hanya boleh digunakan oleh evolved pokemon ketam yang jenis air.

Menetas Telur untuk Candy Berganda🥚🍬

Kebarangkalian untuk mendapatkan pokemon jenis air dinaikkan dari menetas telur ketika event ini dan juga akan mendapat 2 kali ganda jumlah candy apabila ia menetas.

Buddy Pokemon Air mendapat Walking Distance setengah dari pokemon lain. Jadi, kalau pokemon tersebut asalnya jarak 3 km untuk mendapatkan 1 candy, sekarang hanya perlu jalan 1.5 km! Ya, masa inilah nak seret kerapu emas korang untuk dapat kan 400 candy jadi naga merah!

Jadi, apa yang korang mengharapkan dari event ini? Penulis nak dapatkan shiny Milotic, Gyarados dan Vaporeon! Kalau dapat shiny horsea pun best juga! Selamat memancing trainers!

JomKomen!