E3 2019 dimulakan malam tadi dengan acara livestream EA Play. Banyak pengumuman yang diumumkan semasa livestream ini, dan sekiranya korang terlepas untuk menyaksikannya tengah malam tadi, korang boleh baca rangkuman yang telah kami sediakan di bawah:

Star Wars: Jedi Fallen Order

Setelah sekian lama menunggu, akhirnya kita dapat melihat kali pertama gameplay lightsaber dari Star Wars: Jedi Fallen Order, sebuah game action-adventure yang sedang dibangunkan oleh Respawn.

JomBaca: Saksikan 15 Minit Gameplay Star Wars: Jedi Fallen Order, Gameplay Lightsaber Yang Pertama

Apex Legends

Walaupun tiada apa yang mengejutkan, slot Apex Legends tetap memberikan banyak info tentang apakah yang akan mereka bawakan ke dalam game battle royale itu dalam masa terdekat ini. Legend baru, Battle Pass, senjata baru dan Ranked Mode adalah antara apa yang mereka umumkan.

JomBaca: Apex Legends Di EA Play: Karakter Baru, Battle Pass, Senjata Baru Ranked Mode

Battlefield V

Tarikan utama dalam slot Battlefield V pastinya ialah pendedahan bahawa map kegemaran Operation Metro akan di-remake ke dalam Battlefield V, dan akan digelar Operation Underground. Di samping itu, mereka turut berkongsi lanjut tentang map-map lain yang akan dilancarkan, maksimum rank dinaikkan, Private Games, dan semestinya DLC bertemakan Jepun, Pacific Theater.

JomBaca: Map Operation Metro Akan Kembali Ke Battlefield V, Seni Konsep Untuk DLC Jepun Diperlihat

FIFA 20

Mode terbaru, Volta Football mengambil perhatian utama game bola sepak paling popular ini. Mengembalikan nostalgia mode seakan FIFA Street, pastinya ia akan menjadi kekuatan utama dalam mempromosikan game itu pada tahun ini.

JomBaca: FIFA Street Kembali Ke FIFA 20, Sebuah Mode Baru Yang Dipanggil “Volta Football”

Madden NFL 20

Tahun ini, EA memperkenalkan Career campaign terbaru yang dipanggil Face of The Franchise — membenarkan pemain membuat kolaj pemain yang bermula sebagai bintang quarterback untuk Texas Longhorns dan beraksi di dalam liga kolej yang akan membawa ke drafting NFL.

JomBaca: Madden NFL 20: Career Campaign Bagaikan Bintang dan Perubahan Superstar X-Factor

The Sims 4

EA mengumumkan expansion terbaru Sims 4: Island Living, dipenuhi dengan kehidupan tropikal dan kepulauan eksotik. Sims akan memulakan hidup baru di persisiran pantai dikelilingi flora dan fauna tropikal berunsur etnik polinesia. Dengan tambahan outfit serta pembinaan yang lebih berunsur kehidupan laut!

JomBaca: The Sims 4: Island Living: Expansion Tropikal Bersama Mermaid & Kehidupan Pulau

JomBaca: The Sims 4: Realm of Magic dan Pengumuman LGBTQ Untuk Semua Siri Game The Sims

Kami di JomGaming merasakan apa yang disajikan dalam EA Play untuk tahun agak mengecewakan. Kebanyakan sesi perbualan mereka hanya membincangkan perkara-perkara yang mungkin hanya boleh diumumkan di media sosial sahaja. Kami menjangkakan yang mereka akan dedahkan sesuatu yang lebih gempak.

Secara peribadi, penulis paling kecewa dengan slot Battlefield V. Boleh dikatakan hampir semua info yang mereka dedahkan pada ketika itu ialah info/trailer yang telahpun dikeluarkan beberapa hari sebelum.

 

Jadi, apa pandangan korang tentang pengumuman-pengumuman yang dilakukan oleh EA malam tadi? Puas hati? Atau ada perkara-perkara yang ingin lagi?

JomKomen!