Kehangatan game bola sepak kembali lagi. Setelah EA Sports memperkenalkan FIFA 20 beberapa hari lalu, kini giliran pesaing utamanya pula membuka langkah.

Bersempena persidangan E3 2019 yang sedang berlangsung sekarang, Konami telah mengumumkan PES 2020. Bermacam info telah didedahkan setakat ini – dari trailer, tarikh pelancaran, pembaharuan gameplay, muka depan dan banyak lagi.

Jom kita tengok apa yang bakal disajikan ke dalam game bola sepak akan datang daripada Konami ini.

eFootball

Kejutan pertama yang boleh dikatakan agak aneh ialah judul yang digunakan dalam siri ini untuk tahun ini. Secara rasminya, judul yang akan digunakan ialah “eFootball PES 2020”. Konami tidak menyatakan dengan jelas mengapakah terdapat penambahan terma “eFootball” dalam judul rasmi game ini.

Trailer

Tak sahlah kan kalau umumkan sesuatu game tanpa mengeluarkan trailernya sekali, ya tak? Jadi tak payah buang masa, korang layan dulu trailer rasmi PES 2020 di atas itu.

Muka Depan

Seperti yang korang dapat lihat dalam trailer di atas, Lionel Messi kembali sekali lagi menghiasi muka depan PES untuk tahun ini.

Kali terakhir Messi menjadi muka depan untuk PES ialah untuk PES 2018, yang mana beliau turut tampil dengan beberapa pemain Barcelona lain. Untuk PES 2020, beliau kembali, namun kini dengan kehadiran seorang lagi legenda bola sepak dunia, bersama-sama dengan Ronaldinho.

Dibantu Iniesta

Konami mengumumkan bahawa PES 2020 telah dibangunkan bersama-sama dengan nasihat daripada Andres Iniesta, khususnya dalam pergerakan menggelecek. Melalui pengenalan ‘Finesse Dribbling’, menggelecek dalam PES 2020 akan terasa lebih realistik.

Di samping itu, kalau korang pra-tempah PES 2020, korang akan diberikan pemain Andres Iniesta yang muda dalam mode myClub.

Pembaharuan Gameplay

Apakah pembaharuan gameplay yang akan disajikan dalam PES 2020, Konami telah kongsikannya dalam laman web rasmi mereka. Ini apa yang boleh kami ringkaskan:

  • Mendapatkan nasihat pandangan pakar bola sepak untuk menyajikan gameplay yang realistik, antaranya, seperti yang disebut di atas, melantik Iniesta sebagai penasihat teknik menggelecek, seterusnya memperkenalkan Finesse Dribbling.
  • Membawakan kesilapan-kesilapan realisitk yang dilakukan oleh pemain sebenar untuk kita mengambil peluang daripada pemain lawan yang cuai.
  • Memperkenalkan teknik sentuhan pertama yang baru.
  • Setiap sepakan akan dipengaruhi dengan pelbagai faktor, antaranya postur badan, posisi di atas padang dan berapa banyak tekanan yang sedang dialami.
  • Cara bertahan yang lebih realistik, menambah pelbagai penambahbaikan seperti animasi ‘sliding tackle’ tambahan, animasi lebih realisitk semasa clear bola dengan tandukan, serta melakukan foul yang disengajakan sebagai pilihan terakhir terbaik untuk mengekang asakan lawan.
  • Membawakan animasi gerakan-gerakan khas yang diinspirasi daripada permainan Ronaldinho.

Pandangan Kamera

Memang betul, kita boleh ubah pandangan kamera ketika bermain mengikut citarasa kita sendiri. Namun, ia akan tetap ada pandangan kamera default yang akan digunakan sebagai pandangan kamera rasmi dalam mana-mana pertandingan.

PES 2020 nampaknya telah memperkenalkan satu pandangan kamera default baru yang sedikit berbeza daripada sebelum ini. Apabila bola berada semakin berdekatan dengan gol, kamera nampaknya tidak bergerak ke kira atau kanan mengikut bola itu, sebaliknya hanya ‘menoleh’ sahaja. Kita perlu mencuba dahulu game ini untuk mengetahui sama ada perubahan ini adalah baik ataupun tidak.

Master League Remastered

Beberapa pembaharuan akan dibawakan ke dalam mode Master League. Antaranya memperkenalkan sistem dialog interaktif serba baru yang memberikan pemain lebih kawalan dalam membangunkan sesebuah kelab. Kemudian, PES 2020 turut memperkenalkan beberapa pengurus dari dunia sebenar yang boleh korang mainkan, termasuklah Zico, Cruyff, dan Maradona.

Stadium

Konami turut memperlihatkan beberapa stadium yang akan dihidupkan ke dalam PES 2020 melalui teknologi imbasan 3D berprestasi tinggi.

Perbaharui Kerjasama Bersama Barcelona

Sekali lagi kelab tersohor dunia, FC Barcelona akan menjalinkan kerjasama rasmi bersama Konami. Mereka mengumumkan yang perjanjian kerjasama tersebut telah diperbaharui dengan satu Perjanjian Kerjasama Global.

Untuk tahun ini juga, stadium keramat kelab Catalan itu, Camp Nou akan menjadi stadium eksklusif dalam PES 2020. Senang cerita, tiada Camp Nou dalam FIFA 20 kelak.

Tarikh Pelancaran & Platform

eFootball PES 2020 akan dilancarkan pada 10 September 2019 untuk PC, PS4 dan Xbox One.


[IKLAN]
Berminat nak dapatkan PES 2020? Korang boleh hubungi PES Malaysia untuk pre-order dengan letakkan deposit dulu sebanyak RM50. Paling penting, dapat servis yang mantap & semestinya PES 2020 versi R3 (Asia)!

JomKomen!