in , ,

Segala Yang Diumumkan Di PlayStation State of Play – Resident Evil 3 Remake, Ghost of Tsushima Dan Banyak Lagi

Malam tadi, Sony PlayStation telah mengadakan livestream State of Play yang terakhir untuk tahun ini. Berlangsung selama kira-kira 20 minit, ia mengumumkan beberapa berita baru dan memperlihatkan beberapa gameplay terbaru.

Antara pengumuman terbesar ialah walaupun The Game Awards 2019 menafikan tentang kehadiran Resident Evil 3 remake, rupa-rupanya game ini dirancang untuk diumumkan di State of Play malam tadi. Resident Evil 3 remake akan dilancarkan ke PS4 pada 3 April 2020, bersama-sama dengan Project Resistance, sebuah game survival online yang datang bersama mode campaign-nya yang tersendiri.

Kemudian, game eksklusif PlayStation yang lama mendiamkan diri, Ghost of Tsushima akhirnya berkongsikan info baru. Sucker Punch hanya memperlihatkan video acah tidak sampai seminit, hanya untuk mengumumkan bahawa trailer gameplay yang lebih panjang akan diidedahkan semasa The Game Awards 2019.

The Game Awards 2019 akan berlangsung pada 13 Disember 2019, 9.30 pagi (waktu Malaysia). Kita boleh saksikannya di saluran Youtube dan Twitch rasmi acara ini.

Tidak ketinggalan, bersempena dengan ulang tahun ke-25 PlayStation, ‘Bapa PlayStation’, Ken Kutaragi teleh tampil dengan satu ucapan istimewa, memberikan penghargaan kepada para peminat.

Korang boleh sambung tonton semua trailer yang diperlihatkan dalam State of Play malam tadi di bawah.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Minecraft Bawakan Cross-Play Antara Semua Platform Termasuk PS4, Xbox One, Switch, PC Dan Mobile

Kenali Geralt, Yen Dan Ciri Dalam Netflix The Witcher Melalui Video Pengenalan Terbaru Ini

Kenali Geralt, Yen Dan Ciri Dalam Netflix The Witcher Melalui Video Pengenalan Terbaru Ini