in , , , ,

Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang DLC Assassin’s Creed Origins; DLC Pertama Akan Tiba Pada Minggu Hadapan

Kepada yang sudah habis bermain Assassin’s Creed Origins, tunggu sekejap. Masih ada lagi pengembaraan Bayek menanti anda yang disajikan oleh Ubisoft.

Baru-baru ini, Ubisoft mengumumkan tarikh untuk DLC akan datang untuk Assassin’s Creed Origins.

DLC pertama berjudul The Hidden Ones yang meluaskan lagi jalan cerita berkenaan Brotherhood. Cerita DLC ini akan membawa pemain 4 tahun selepas Assassin’s Creed Origins dan menaikkan lagi level dari level 40 sehingga level 45. The Hidden Ones akan tiba pada 23 Januari dan percuma kepada yang sudah membeli Season Pass.

Bukan setakat itu sahaja, DLC bertajuk The Curse of Pharaohs seterusnya akan tiba pada 6 Mac dan DLC ini akan memfokuskan kepada mitos Mesir purba. Pemain akan menjelajah masuk ke kawasan Thebes untuk menyiasat sumpahan ke atas tanah Thebes. Pemain berkesempatan untuk berjumpa dengan orang bersejarah Mesir purba dan berlawan raksasa mitos Mesir sambil menaikkan level sehingga level 55.

Apa yang paling dinanti-nantikan oleh pemain adalah Discovery Mode seperti diwar-warkan sebelum Assassin’s Creed Origins dilancarkan lagi. Discovery Mode memberi peluang kepada pemain untuk belajar Mesir purba seperti masuk ke dalam muzium. Discovery Mode adalah mod diberikan secara percuma pada 20 Feburari ini untuk semua pemain yang memiliki Assassin’s Creed Origins di konsol sahaja tetapi pengguna PC harus mengenakan bayaran untuk Discovery Mode.

Kepada yang sudah habis bermain Assassin’s Creed Origins, jangan risau. Ubisoft berikan lagi kandungan DLC yang memperluaskan perjalanan anda bersama Bayek dan Assassin Brotherhood. Ter-bayek!

Written by Intan Zarthana

Peminat besar Dragon Age, The Last of Us dan Uncharted. Sukakan game yang ada jalan cerita yang bagus.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Takayuki Hamada Dirasuk Menjadi “Raksasa” Dalam Video Baru PlayStation Jepun Untuk Monster Hunter: World

Esports Malaysia (ESM) & Majlis Sukan Negara (MSN) Bersiap-Sedia Untuk Acara Esports Di Sukan Asia 2022 & Olimpik Paris 2024!