Pesaing utama Xbox, PlayStation tidak menghadirkan diri ke konvensyen E3 pada tahun ini. Bermakna, tumpuan kali ini sepenuhnya terarah kepada pentas Microsoft.

Pentas Xbox pada tahun ini memang cukup meriah. Dari game eksklusif, pandang pertama, DLC baru, platform cloud streaming, sehinggalah kepada info baru tentang konsol generasi akan datang daripada Microsoft, yang pada ketika ini masih lagi menggunakan nama kod Project Scarlett.

Kalau korang terlepas livestream pada awal pagi tadi, korang boleh layan semua trailer yang dipersembahkan di bawah:

Cyberpunk 2077

Internet telah meletup dengan pengumuman ini. CD Projekt Red telah membuat kejutan dengan mendedahkan bahawa pelakon Hollywood tersohor, Keanu Reeves telahpun bekerjasama bersama mereka dalam meletakkan wataknya ke dalam Cyberpunk 2077.

JomBaca: Cyberpunk 2077 Menampilkan Keanu Reeves, Tarikh Pelancaran Diumumkan – April 2020

Star Wars: Jedi Fallen Order

Respawn telah mengeluarkan satu lagi trailer baru untuk Star Wars: Jedi Fallen Order. Ia memperlihatkan beberapa babak daripada gameplay semalam, serta beberapa babak baru yang belum pernah dilihat seperti Cal berenang untuk mengejar dan seterusnya memanjat AT-AT.

JomBaca: Saksikan Satu Lagi Trailer Baru Untuk Star Wars: Jedi Fallen Order

LEGO Star Wars: The Skywalker Saga

Game ini bakal mengumpulkan kesemua 9 episod filem dari Skywalker Saga ke dalam satu game LEGO. Ia akan dilancarkan pada 2020, namun belum ada tarikh tepat pelancaran.

JomBaca: LEGO Star Wars: The Skywalker Saga Diumumkan, Kumpulkan 9 Filem Ke Dalam Satu Game

12 Minutes

12 Minutes merupakan sebuah game dari pandangan atas, bergenre thriller psikologikal tentang seorang lelaki yang terperangkap dalam gelung masa (time loop).

JomBaca: 12 Minutes: Game Thriller Psikologikal Tentang Seorang Lelaki Yang Terperangkap Dalam Gelung Masa

Elden Ring

Game yang sedang dibangunkan oleh FromSoftware dengan kerjasama antara penulis buku A Song of Ice & Fire (Game of Thrones), George R. R. Martin dengan Hidetaka Miyazaki ialah Elden Ring.

JomBaca: Saksikan Trailer Elden Ring, Game Kerjasama Antara George R. R. Martin Dengan Hidetaka Miyazaki

Blair Witch

Video game Blair Witch bergenre first person horror ini akan menampilkan seorang lelaki yang meneroka hutan seram bersama anjingnya, Bullet dalam mencari seorang kanak-kanak yang hilang.

JomBaca: Video Game First-Person Horror – Blair Witch Diumumkan!

Battletoads

Battletoads yang diperbaharui ini menampilkan beberapa ciri gameplay moden 3-player co-op dan artstyle yagn diperbaharui.

JomBaca: Battletoads: Selepas Bertahun Diacah, Akhirnya Trailer Diumumkan!

Wasteland 3

Tiada plot cerita diumumkan setakat ini, tetapi trailer terbaru Wasteland 3 dari inXile Entertainment menampilkan Colorado sejuk dan musuh dan makhluk gila yang akan ditemui di dalam game ini nanti.

JomBaca: Wasteland 3: Beralih Ke Colorado Dipenuhi Salji, Kegilaan, Darah & Robot Kemusnahan

Gears (of War) 5

Korang yang beli game ini ataupun bermain menggunakan Xbox Game Pass sebelum 16 September akan mendapat Terminator Dark Fate Character Pack. Somehow, Terminator sangat cocok berada di dalam universe Gears.

JomBaca: Gears (of War) 5: Tarikh Pelancaran, Mode Co-Op Baru & Character Pack Terminator!

Crossfire X

Tak banyak diumumkan menerusi trailer ini, lebih kepada pembentangan sinematik. Tapi, ianya tetap menarik perhatian dengan grafik CGI yang wow. Harap-harap tak tertipu dengan trailer wow, tapi grafik game sebenarnya potato. Heheh.

JomBaca: Crossfire X: Counter-Strike Versi Korea, Popular Setanding Fortnite, Akan Datang 2020 Nanti!

Phantasy Star Online 2

Dibangunkan dan diterbitkan oleh Sega, Phantasy Star Online 2 pertama kali dilancarkan pada tahun 2012 di Jepun. Ia kemudian dikeluarkan ke PlayStation Vita pada 2013, PlayStation 4 pada 2016 dan Nintendo Switch pada 2018. Game ini hanya boleh didapati di Jepun tapi kini ia telah dibawa kepada Barat.

JomBaca: Phantasy Star Online 2 Akan Hadir Ke Xbox One Secara Percuma Pada Tahun Depan

Ori and the Will of the Wisps

Satu trailer gameplay baru untuk Ori and the Will of the Wisps telah dikeluarkan.

JomBaca: Trailer Baru Untuk Ori and the Will of the Wisps Dikeluarkan, Bakal Tiba Februari 2020

Dying Light 2

Sekuel kepada game parkour-zombi ini telah mendapat trailer baru. Dying Light 2 akan membawakan watak utama Aiden Caldwell dalam perjalanannnya bertemu dengan pelbagai faction dalam dunia apokalips itu.

JomBaca: Dying Light 2 Ada Trailer Baru Yang Fokus Kepada Story, Lebih Parkour, Lebih Zombi

Minecraft Dungeons

Game ini merupakan game co-op bersama empat orang pemain, menyokong kedua-dua online dan offline co-op. Ia membawakan gameplay “dungeon crawler” yang berpandangan dari atas (seperti Diablo).

JomBaca: Minecraft Dungeons Diperlihatkan, Game Co-Op 4-Pemain, Saksikan Trailer

Forza Horizon 4

Microsoft telah mengumumkan kandungan bertemakan LEGO akan dibawakan ke dalam Forza Horizon 4, digelar LEGO Speed Champions.

JomBaca: Forza Horizon 4 Akan Bawakan Kandungan Bertemakan LEGO Pada Minggu Ini

Microsoft Flight Simulator

Begitu indah sekali pemandangan dari kapal terbang di dalam Microsoft Flight Simulator! Gambaran yang diambil secara real-time 4K ini hanya ekslusif kepada Xbox dan akan dlancarkan pada 2020.

JomBaca: Terbang Kelilingi Dunia & Nikmati Keindahan Dunia Sebenar Dengan Flight Simulator Microsoft

Age of Empire II: Definitive Edition

Sekarang pemain boleh ber-ayyo dan wololo secara HD di dalam Age of Empire II: Definitive Edition pada tahun ini bersama Xbox Game Pass untuk PC.

JomBaca: Age of Empire II: Definitive Edition Mendapat Versi Remastered

Tales of Arise

Bandai mengumumkan game terbaru Tales of Arise yang akan mempunyai aksi RPG yang dinamik. Ia akan menawarkan sistem kombat yang telah dipertingkatkan dan masih mengekalkan ciri-ciri gameplay yang sama seperti 24 tahun yang lalu.

JomBaca: Tales of Arise Akan Dilancarkan Di Xbox One Dan PS4 Pada Tahun 2020

Bleeding Edge

Studio game dari UK, Ninja Theory yang telah menghasilkan game seperti Heavenly Sword dan Devil May Cry telah mendedahkan trailer game terbaru mereka, Bleeding Edge.

JomBaca: Bleeding Edge: Sebuah Game Melee 4 Vs 4 Dari Ninja Theory

Psychonauts 2

Studio yang telah mencipta game Psychonauts dan Broken Age, Double Fine kini telah dimiliki oleh Xbox Game Studios. Pengumuman itu diumumkan semasa di E3 2019, walaupun Double Fine menyertai Xbox Game Studios, Psychonauts 2 masih akan dilancarkan ke platform PS4, PC, Linux, Mac dan Xbox One.

JomBaca: Double Fine Studio Kini Dimiliki Oleh Microsoft – Umumkan Psychonauts 2!

Dragon Ball Project Z: Kakarot

Berlawan menumpaskan Frieza mengikutkan pengakhiran saga Namek dan berlawan sebagai Goku Super Saiyan di dalam perspektif 3D. Mengikut Bandai Namco, jalan cerita game ni amatlah memorable dengan quest yang challenging bersama semangat jati persahabatana melawan kejahatan di dalam galaksi bima sakti.

JomBaca: Dragon Ball Project Z: Kakarot – Action RPG Saga Namek Terbaru

Project xCloud

Menurut Microsoft, pengguna akan boleh melakukan penstriman untuk kesemua game Xbox One yang ada pada pemain termasuk Xbox Game Pass di semua jenis peranti.

JomBaca: Perkhidmatan Penstriman Microsoft – Project xCloud Akan Hadir Pada Bulan Oktober Untuk Konsol

[email protected]

Terdapat tidak lebih dari 12 buah game yang dipersembahkan semasa persidangan Microsoft di E3 2019. Antaranya ialah Dead Static Drive, Pathologic 2, Star Renegades, Afterparty, TABS, The Good Life, Cross Code, Creature in the Well, Riverbond, Blazing Chrome, Supermarket Shriek, dan Totem Teller.

JomBaca: [email protected] Umumkan BANYAK Game Indie Terbaru Di E3 2019

Xbox Game Pass Ultimate

Microsoft telah mendedahkan langganan Xbox Game Pass Ultimate untuk Xbox dan PC pada harga $14.99 (RM60.00) sebulan bersama-sama dengan Xbox Live Gold dan Xbox Game Pass.

JomBaca: Microsoft Lancarkan Xbox Game Pass Ultimate Untuk Xbox Dan PC

Xbox Elite Wireless Controller Series 2

Xbox Elite Wireless Controller Series 2 merangkumi lebih daripada 30 cara untuk bermain seperti pro yang sejati.

JomBaca: Xbox Elite Wireless Controller Siri 2 Yang Lebih Canggih

Xbox Project Scarlett

Microsoft telah mendedahkan maklumat terkini mengenai konsol generasi seterusnya yang terbaru dari Xbox, kod nama Project Scarlett.

JomBaca: Project Scarlett: Konsol Microsoft Generasi Seterusnya Yang Dikuasakan Dengan 8K Grafik, Storan SSD Dan Ray-Tracing

Halo Infinite

Microsoft telah mendedahkan trailer terbaru Halo Infinite pada E3 2019 dan ia akan hadir serentak bersama dengan konsol terbaru Microsoft.

JomBaca: Halo Infinite Akan Hadir Penghujung 2020 Bersama Project Scarlett – Konsol Generasi Akan Datang

Jadi, pengumuman mana yang korang paling teruja? Semestinya penampilan Keanu Reeves, ya tak? Atau korang ada yang lain?

JomKomen!