Setakat ini, kami di JomGaming menobatkan pembentangan Ubisoft adalah “pemenang” di E3 untuk tahun ini. Mereka tidak bercakap tentang info-info yang merapu, terus memperlihatkan trailer sinematik atau gameplay, serta bercakap tentang perkara yang penting sahaja tanpa meleret-leret.

Game serta kandungan yang diumumkan pula kelihatan sungguh mantap. Dari Watch Dogs Legion yang nampaknya sebuah game yang cukup bercita-cita tinggi, hinggalah ke penutup yang mengumumkan Gods & Monster dari pembangun Assassin’s Creed Odyssey — Ubisoft pada tahun sememangnya menyajikan kepada kita satu pembentangan yang padu.

Assassin’s Creed Symphony

Ubisoft pada tahun ini memulakan persembahan dengan sedikit berbeza. Mereka membuka tirai di E3 2019 dengan persembahan simfoni orkestra medley Assassin Creed selama 5 minit. Memang mendayu.

Watch Dogs Legion

Mereka telah memperlihatkan 10 minit gameplay untuk Watch Dogs Legion. Pemain akan memainkan berpuluh karakter dalam latar belakang pasca-Brexit di kota London.

JomBaca: Watch Dogs Legion Akan Benarkan Pemain Mainkan Berpuluh Karakter, Saksikan Gameplay, Bakal Tiba Mac 2020

Mythic Quest: Raven’s Banquet

Ubisoft mengumumkan siri TV pertama mereka yang digelar Mythic Quest: Raven’s Banquet. Ia merupakan sebuah siri komedi (sitkom) yang akan dilancarkan untuk Apple TV.

Rainbow Six Siege Year 4: Phantom Sight

Rainbow Six Siege Year 4: Phantom Sight akan bermula esok. Dalam sidang media Ubisoft di E3 2019, mereka telah mengeluarkan trailer terbaru untuk DLC akan datang dalam game shooter ini.

JomBaca: Saksikan Trailer Terbaru Rainbow Six Siege Year 4: Phantom Sight

Brawlhalla x Adventure Time

Ubisoft mengumumkan acara waktu terhad yang bertemakan crossover Adventure Time untuk Brawlhalla. Kandungan ini akan membawakan karakter-karakter seperti Jake the Dog, Finn the Human, dan Princess Bubblegum ke dalam game fighting tersebut sehingga 25 Jun ini.

Ghost Recon Breakpoint

Trailer sinematik baru telah dikeluarkan. Selain itu, mereka mengumumkan yang sesi beta untuk Ghost Recon Breakpoint akan bermula pada 5 September, dan pendaftaran untuk sesi beta itu telahpun dibuka.

Tom Clancy’s Elite Squad

Ubisoft telah mengejutkan kita dengan satu game yang agak unik. Tom Clancy’s Elite Squad, sebuah game mobile RPG yang membawakan pelbagai karakter-karakter dari game-game Tom Clancy.

JomBaca: Apabila Karakter-Karakter Game Ubisoft & Tom Clancy Digabungkan Dalam Satu Game Mobile – Elite Squad!

Just Dance 2020

Salah satu lagu yang akan ada dalam Just Dance 2020 ialah lagu tersohor seluruh duni, Kill This Love oleh Blackpink.

For Honor

Ubisoft mengacah kandungan terbaru yang akan disajikan ke dalam For Honor, iaitu Shadows of the Hitokiri. Ia merupakan mode waktu terhad yang akan berlangsung sehingga 27 Jun ini.

Rainbow Six Quarantine

Rainbow Six Quarantine baru sahaja diumumkan Ubisoft secara rasmi — merupakan sebuah game spin-off kepada Rainbow Six Siege, yang mana kali ini membawakan co-op 3-pemain melawan makhluk parasit (macam zombi).

JomBaca: Rainbow Six Quarantine Diumumkan Secara Rasmi, Game Co-Op 3-Pemain Melawan Zombi

The Division 2

Walaupun The Division 2 berdasarkan Washington D.C, Ubisoft membawa para Agents lebih jauh dari yang disangka untuk menyelamatkan seluruh negara.

JomBaca: The Division 2 Menunjukan Kesemua 4 Expansion Percuma Dalam Year 1

JomBaca: The Division 2 Membuka Free Play Weekend Bermula 13 Jun Selama 4 Hari

Filem The Division

Akhirnya, setelah 3 tahun filem ini diumumkan untuk penggambaran yang membawakan pelakon hebat seperti Jake Gyllenhal dan Jessica Chastain akan disiarkan Netflix.

JomBaca: Filem The Division akan Disiarkan Di Netflix, Dibintangi Jake Gyllenhal dan Jessica Chastain

Uplay+

Ubisoft mengumumkan pelancaran perkhidmatan langganan gaming yang akan dikeluarkan pada 3 September iaitu Uplay+.

JomBaca: Uplay+ Diumumkan Oleh Ubisoft, Perkhidmatan Langganan Gaming Untuk PC

Roller Champions

Ubisoft telah mengumumkan Roller Champions secara rasmi, sebuah game sukan roller derby. Perlawanan akan dibahagikan kepada dua pasukan yang terdiri daripada tiga pemain setiap pasukan. Pemain akan bergerak menggunakan roller skate dan objektifnya ialah untuk memasukkan bola ke dalam jaring. Arena pula berbentuk gegelung.

Paling penting tentang game ini ialah ianya percuma (free-to-play)!

JomBaca: Roller Champions Diumumkan, Game Percuma Gabungan Roller Skate & Bola, Saksikan Gameplay

JomBaca: Roller Champions: Jom Tonton BANYAK Gameplay Baru Daripada Versi Demo Yang Boleh Dimainkan Sekarang

Gods & Monsters

Ubisoft mendedahkan Gods & Monsters, sebuah game pengembaraan baru berdasarkan mitologi Greek yang akan dikeluarkan pada 25 Februari 2020, dibangunkan oleh pembangun yang membawakan Assassin’s Creed Odyssey.

JomBaca: Ubisoft Mendedahkan Gods & Monsters, Sebuah Game Pengembaraan Berdasarkan Mitologi Greek

JomKomen!