Bethesda membuka tirai di pentas E3 dengan berterima kasih kepada gamer dan kesemua orang di sekeliling mereka berjiwa “We are all Bethesda” untuk menjayakan video game mereka untuk disampaikan di persidangan ini.

Pete Heins memberi ucapan pembukaan sambil mengajak wakil dari Bethesda Studio untuk menunjukkan expansanion terbaru Fallout:76 setelah setahun berada di pasaran. Mengakui pelancaran game tersebut yang sangat lemah, mereka kembali gagah dan memperbaiki mengikut komen yang konstruktif.

Elder Scroll: Blades

Bersambung dengan pengumuman Elder Scroll: Blades (ESB) yang menjadikan game kedua terbesar dari segi jumlah pemain selepas Fallout Shelter, membawa pengumuman baru setelah dilancarkan lebih dari sebulan.

ESB kini boleh dimain cross-save antara mobile dan Nintendo Switch.

Jom Baca: Elder Scrolls: Blades – Update Baru Percuma dan Cross-Save di Multiplatform

Fallout 76

Selepas pengumuman ESB, wakil Bethesda Game Studio membincangkan lagi kembali tentang Fallout:76 yang telah dibaiki untuk memberi feel dan vibe ibarat siri klasik Fallout dengan meletakkan NPC yang mempunyai pilihan dialog dan mode Battle Royale.

JomBaca: Fallout 76: Update Westlander membawa NPC Manusia dan Battle Royale

Ghostwire Tokyo

Shinji Mikami, pengasas Tango Gameworks mengumumkan game thriller terbaru mereka di pentas Bethesda di E3 2019 sambil mengenalkan Ikumi Nakamura, Creative Director kepada Tango Gameworks untuk sembang lebih tentang penglibatan beliau dalam game Ghostwire Tokyo dengan penuh semangat!

JomBaca: Ghostwire Tokyo: Action RPG Yang Seram Dan Thrill Berlatarbelakangkan Etnik Jepun

Elder Scroll: Online

Selepas melihat sinematik trailer game yang meremangkan tersebut, Bethesda menunjukkan pula sebuah sinematik epik naga menyerang dari Elder Scroll: Online (ESO) daripada siri ke-2 kepada Season of The Dragon untuk tahun 2019.

JomBaca: The Elder Scrolls Online: Elsweyr Expansion Kedua Kepada Season of The Dragon

Commander Keen

Sebuah game mobile ibarat kartun di pagi membuat suasana yang kelam terus bertukar menjadi ceria! Commander Keen mendapat treatment remaster di mobile setelah kali pertama dilancarkan di PC pada zaman 90’an.

JomBaca: Commander Keen Mendapat Remaster Baru di Android dan iOS

Elder Scroll: Legends

Bertukar mood kembali ke zaman Medival! Elder Scroll: Legends, sebuah game mobile trading card pula ditayangkan secara pendek!

Rage 2

Rasa game Commander Keen itu hyper dan gila-gila? Rage 2 kembali dengan DLC yang lebih gempak dan menggemparkan! Expansion pertama Rage 2 ini membuat ia lebih luar biasa dari gamenya yang asal dengan penambahan senjata, kenderaan dan pelbagai lagi.

JomBaca: Rage 2: Nyalakan Api Kemarahan Korang Dalam DLC Baru Rise of Ghost

Wolfenstein

Wakil dari MachineGames menaiki pentas untuk mengumumkan game terbaru Wolfenstein berjudul Youngblood, mengisahkan sepasang kembar mencari ayahnya yang hilang di Paris dijajahi Nazi.

JomBaca: Wolfenstein: Youngblood: Sang Dara Kembar Brutal Mencari Ayah Mereka!

Deathloop

Tiba masa untuk Arkane Lyon pula menunjukkan game terbaru mereka yang lain dari mereka pernah mengerjakan. Deathloop adalah sebuah game first person shooter yang mengisahkan 2 orang assasin terperangkap dalam gegelung masa walaupun mati berkali-kali.

JomBaca: Deathloop: Dua Assassin Mati Berulang Sehingga Berjaya – Kill, Die, Repeat!

Doom Eternal

Pengumuman Doom Eternal bersama klip gameplay akan diterbitkan pada 22 November 2019 termasuk sebuah mode multiplayer baru dan collectors edition yang gempak sebagai penutup tirai persidangan ini.

JomBaca: Doom Eternal: Edisi Collector dan Mode Multiplayer Baru Diumumkan

JomKomen!