Grafik ala-ala Minecraft, elemen kemusnahan objek seperti Battlefield, genre FPS dan paling penting sekali, percuma.
Studio indie Vercidium telah melancarkan Sector’s Edge, sebuah game FPS 8v8 dengan elemen kemusnahan objek persekitaran. Ia masih di peringkat Early Access, namun game ini boleh dimainkan pada komputer versi lama kerana saiz muat turunnya hanya sebesar 638MB.
Tidak menggunakan sistem classes, Sector’s Edge lebih menggunakan sistem weapon loadout di mana setiap senjata memerlukan points untuk dibeli. Setiap senjata mempunyai sentakan dan corak menembak tersendiri, seperti Counter-Strike. Nilai damage juga akan jatuh jika jarak sasaran terlalu jauh bergantung kepada jenis senjata.
Pihak pembangun berkata Sector’s Edge akan mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk berada dalam Early Access. Mereka juga merancang untuk mengeluarkan senjata-senjata baru, game modes baru dan juga karakter dan skins.
Sector’s Edge merancang untuk kekal sebagai game free-to-play supaya dapat memberi laluan kepada pembelian item dalam permainan. Korang boleh muat turun di Steam.
Comments
Loading…