Menu
in ,

Secretlab Umumkan Kerjasama Dengan Newbee Gaming – Giveaway Gaming Chair Pun Ada!

Gaming chair Secretlab sedap sangat sampai Newbee termimpi-mimpi!

Syarikat pengeluar gaming chair Secretlab telah mengumumkan kerjasama gaming chair rasmi mereka bersama organisasi esports dari China – Newbee Gaming!

Pada masa yang sama, Secretlab juga telah mengumumkan gaming chair custom Newbee Gaming Omega 2018 bagi meraikan kerjasama tersebut.

“Kali pertama kitorang duduk di atas gaming chair Secretlab adalah di PGL Bucharest major. Gaming chair diorang adalah yang paling selesa pernah kitorang nikmati, dan kitorang terus nak bekerjasama dengan diorang. Dengan gaming chair Secretlab, kitorang dapat berlatih dan duduk depan komputer sepanjang hari,” kata Hu “Kaka” Liangzhi, kapten DotA 2 Newbee Gaming.

Sekarang, Secretlab sedang mengadakan pertandingan giveaway gaming chair custom Newbee Gaming Omega 2018. Cuba aje nasib, mana tahu, nanti dapat “takhta” hebat sama seperti Newbee Gaming.

Written by Alvin

Video games. Board games. Game of Thrones. Ang banyak meluangkan masa dengan sentiasa bermain - IRL dan online! Kalau tidak, beliau menghabiskan masa sebagai ghost-writer bagi syarikat-syarikat penerbitan.

Leave a Reply

Exit mobile version