in , , , , , ,

Sebuah Universiti Di Amerika Syarikat Mula Menawarkan Biasiswa Untuk Pemain Fortnite

Populariti Fortnite makin lama makin meningkat.

Penawaran biasiswa kepada para pemain esport sememangnya sudah tidak asing lagi di kolej dan universiti seluruh dunia. DotA 2, League of Legends, Counter Strike dan FIFA adalah antara game yang sering ditawarkan biasiswa kepada para pemainnya.

Fortnite Battle Royale secara rasminya belum lagi boleh dikatakan sebuah game esport. Walaupun begitu, sebuah universiti di Ohio, Amerika Syarikat telahpun menawarkan biasiswa untuk game yang kini menjadi bualan ramai itu.

Ashland University minggu ini telah mengumumkan bahawa mereka bakal menjadi kolej/universiti pertama di Amerika Syarikat yang menawarkan biasiswa secara spesifiknya kepada game Fortnite.

 

“Saya merasakan Fortnite mempunyai ruang yang banyak untuk pemain menjadi kreatif,” kataΒ Josh Buchanan, bakal ketua jurulatih yang mempunyai latar belakang terhadap esport StarCraft II, memetik laporan Variety.com.

“Terdapat banyak kerjasama dalam mekanik membinanya yang masih lagi belum diterokai. Ramai pemain melakukan perkara yang menarik, dan ia nampak cool, tapi ia mungkin sesuatu yang bukan paling efisyen. Saya rasakan ia adalah game yang, disebabkan bagaimana kreatif kamu boleh jadi, mempunyai banyak potensi untuk menjadi pemain yang berkemahiran tinggi dalam game ini.”

Buchanan mendedahkan yang program biasiswa ini akan disediakan dengan beberapa jurulatih dan staf yang didedikasikan untuk membantu para pemain berjaya, bukan sahaja dalam game tetapi juga dalam akademik. Ia akan membantu para pemain memiliki kehidupan sosial yang baik, dan kecergasan fizikal dalam keadaan terbaik.

Bermula pada semester 2018 akan datang,Β Ashland Eagles akan mengadakan sesi ujibakat untuk para pelajar, menawarkan biasiswa sehingga USD4,000. Pemohon akan dinilai berdasarkan skil dalam game dan juga sejarah akademik.

Program biasiswa ini juga akan termasuk untuk gameΒ Counter-Strike, League of Legends, Overwatch dan Rocket League.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Lihat Studio Pembangun Lain Ucapkan Tahniah Kepada Pelancaran God of War

Mary Jane Dalam Marvel’s Spider-Man Di PS4 Akan Beri Kejutan Kepada Ramai