in , , , , ,

Sébastien Loeb Rally EVO: Alami Pengalaman Simulasi Perlumbaan Rally!

Satu lagi siri simulasi perlumbaan rally bakal berada di pasaran. Tidak syak lagi game ini ingin mencabar siri Dirt keluaran Codemasters. Apa lagi jom mencubanya secara percuma!

Sébastien-Loeb-Rally-EVO-02

Sébastien Loeb Rally EVO merupakan sebuah game simulasi perlumbaan rally dan bakal memaparkan lebih 50 buah kereta untuk digunakan dalam perlumbaan.

Game ini juga bakal membawa pemain dalam 8 buah pertandingan rally seperti Pikes Peak International Hill Climb dan European Rallycross Championship. Di samping itu, pemain akan dibawa melenjan trek-trek rally yang panjangnya berjumlah 300 km.

Bagi mereka yang ingin mencuba demo game ini, dapatkan di page steam Sébastien Loeb Rally EVO. Bagi pemain Playstation dan Xbox, korang boleh dapatkan demo game ini di PSN dan XBL.

Sébastien-Loeb-Rally-EVO-01Game ini bakal dipasarkan mulai 30 Januari untuk PC, PS4 dan Xbox One.

Written by Hairi Sabri

Memulakan pengalaman gaming di Nintendo Game & Watch 'Parachute' dan kemudian di pelbagai platform seperti PC, PlayStation dan Xbox. Suka mencuba pelbagai genre dan idea baru dalam dunia gaming tetapi meminati RPG dan FPS khususnya.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Bloodstained: Ritual of the Night: Feedback Korang Diperlukan!

15 Perkara Kecil Buatkan GTA IV Lebih Baik Daripada GTA V