in ,

Sebab Kenapa Naughty Dog Mahu Bikin The Last of Us Remake Didedahkan

Minggu lalu, kita dikejutkan dengan laporan mengatakan remake game pertama The Last of Us untuk PS5 sedang dibangunkan. Rata-rata peminat memberikan reaksi negatif kerana tidak mahu lagi Naughty Dog memerah game yang sama sejak 2013.

Wartawan Bloomberg, Jason Schreier, yang mendedahkan laporan itu, telah hadir ke temubual bersama MinnMaxShow (via Comicbook), mendedahkan pula sebab mengapa Naughty Dog berhasrat untuk membikin remake tersebut.

Schreier mendedahkan pada ketika ini, kebanyakan pekerja di Naughty tidak mempunyai apa-apa projek aktif untuk diusahakan. Naughty Dog dikatakan kini berada di fasa pra-produksi untuk beberapa projek akan datang mereka, dan disebabkan pra-produksi ini mengambil masa yang agak lama seperti ingin memuktamadkan jalan cerita, karakter-karakter, seni dan dunianya, maka kebanyakan pembangun lain mempunyai masa lapang.

Oleh itu, sementara menunggu projek mereka seterusnya bertukar ke produksi penuh, sukar untuk mengerahkan kesemua pekerja mereka, apatah lagi studio sebesar Naughty Dog, untuk bergerak membangunkan game baharu. Maka, masa yang terluang itu digunakan untuk membikin remake The Last of Us untuk PS5.

Sama ada laporan ini sahih ataupun tidak, ia tidak dapat dipastikan lagi. Sekiranya sahih, mungkin tanggapan korang terhadap remake The Last of Us ini berubah selepas mengetahui apakah sebab disebaliknya?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Game MMO Lord Of The Rings Telah Dibatalkan Oleh Amazon Kerana Perbalahan Dengan Tencent

It Takes Two: Boleh Beli or Boleh Blah!?