in , , , , ,

Season Pass Untuk Far Cry 5 Bawakan Zombi, Perang Vietnam, Planet Marikh Dan Far Cry 3

Season Pass untuk Far Cry 5 akan membawa pemain ke pelbagai lokasi yang berbeza. Ia melibatkan pengembaraan di planet Marikh, membunuh zombi dan perang Vietnam.

Hours of Darkness, pemain akan mengembara ke Vietnam War untuk berlawan menentang tentera Viet Cong. Dead Living Zombies ialah memerlukan pemain untuk berhadapan dengan segerombolan zombi. Dan akhir sekali ialah Lost on Mars, di mana pemain akan membunuh labah-labah dari planet Marikh.

Pas itu juga disertai dengan pengembaraan ke game lain iaitu Far Cry 3. Pemilik PS4 dan Xbox One hanya akan mendapat mod single-player untuk Far Cry 3 Classic Edition. Tapi di Steam, ia hanya adalah edisi standard sahaja.

Ubisoft juga telah mengeluarkan trailer terbaru yang memaparkan jalan cerita dalam game itu. Sebuah pekan di Montana yang diambil-alih oleh sekumpulan kultus agama yang berbahaya.

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Electronic Arts (EA) Kini Lebih Dibenci Berbanding Trump Organization Di Amerika Syarikat

Tencent Sedang Mempersiapkan Diri Untuk Pertandingan Arena of Valor Peringkat Dunia