in , , , , ,

Season Pass Assassin’s Creed Odyssey Akan Masukkan Sekali Assassin’s Creed 3 Remastered

Ubisoft telah mengumumkan pelan selepas pelancaran mereka untuk Assassin’s Creed Odyssey. Fokus utama mereka dalam pelan kali ini ialah memperkenalkan Season Pass dan Assassin’s Creed 3 Remastered.

Season Pass akan membawakan 2 Story Arc yang mana ia akan dikeluarkan dalam bentuk episod. 2 Story Arc tersebut akan digelar Legacy of the First Blade dan The Fate of Atlantis.

Season Pass ini turut akan menampilkan satu kejutan iaitu memasukkan sekali Assassin’s Creed 3 Remastered — lengkap dengan semua DLC: Benedict Arnold Missions, Hidden Secrets Pack dan Tyranny of King George.

Lebih menarik, ia turut akan membawakan Assassin’s Creed 3: Liberation Remastered, yang mana ia asalnya dikeluarkan untuk platform PSP.

Versi remastered ini akan menampilkan resolusi 4K dan HDR untuk PC, PS4 Pro dan Xbox One X dengan tekstur resolusi lebih tinggi, enjin grafik baru dan penambahbaikan grafik yang lain. Selain itu, Gameplay mechanics dan ergonomics juga telah diperbaiki.

Seperti biasa, Assassin’s Creed 3 Remastered ini juga akan dijual secara berasingan bagi mereka yang tidak mendapatkan Season Pass Assassin’s Creed Odyssey.

Season Pass Assassin’s Creed Odyssey akan dilancarkan pada Mac 2019.

Game penuh Assassin’s Creed Odyssey akan dilancarkan pada 5 Oktober 2018.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Sehari Selepas Pelancaran, Dah Ada Pertandingan FIFA 19 Di Johor Bahru Dengan Hadiah Lumayan!

Spider-Man “Tidak Akan Wujud Kalau Bukan Kerana PlayStation,” Kata Insomniac Games