in , , , ,

Season 3 Battle Pass Untuk Fortnite Battle Royale Bawakan Tema Angkasa

Season 2 dah nak habis, kita sambung Season 3 pula!

Epic Games telah mengumumkan Season 3 Battle Pass untuk Fortnite Battle Royale. Dalam post terbaru di laman web rasmi, mereka telah mendedahkan apakah kandungan yang ada dalamย Season 3 Battle Pass nanti.

Fokus utama Epic pada kali ini adalah menampilkan lebih banyak kandungan berbanding Season 2 Battle Pass. Kata mereka, terdapat 30 tiers tambahan (100 tiers secara keseluruhan), dan dalam masa sama membawakan juga 30 lebih banyak barangan kosmetik (76 kesemuanya).

Di bawah adalah jadual yang disediakan Epic, membandingkan jumlah barangan yang pemain dapat dalam Season 2 Battle Pass danย Season 3 Battle Pass:

Epic memuatnaik gambar dengan outfit seperti angkasawan, dan kami menjangkakan yang beberapa outfit bertemakan angkasa akan ditampilkan dalam musim kali ini.

Season 3 Battle Pass boleh dibeli dengan 950 V-Bucks (kira-kira USD10).

Battle Pass dalam Fortnite Battle Royale merupakan sistem untuk pemain dapatkan barangan kosmetik seperti outfit, glider, emote dan harvesting tool. Selepas membeli Battle Pass, pemain tidak akan terus mendapat barangan-barangan ini, sebaliknya perlu level-up dalam tiers yang disediakan.

Namun, jika pemain rasa tidak mempunyai masa yang cukup untuk level-up selepas membeli Battle Pass ini, pemain juga boleh membeli bundle tambahan. Epic menawarkan bundle dengan Battle Pass + 25 tiers pertama dengan harga 2,800 V-Bucks.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

Leave a Reply

JomKomen!

Loading…

0

Anak Patung Barbie Tomb Raider Diumumkan Oleh Mattel

Rainbow Six Siege Takkan Ada Sekuel, Ubisoft Akan Sokong 10 Tahun Lagi