in , , ,

Sea of Thieves Akan Lancarkan Dua Expansion Packs Tak Lama Lagi!

Apakah langkah seterusnya bagi game Sea of Thieves?

Trailer ini menunjukkan dua karakter baru, seorang pengembara lanun dan seorang wakil dari Order of Souls dan akhirnya menunjukkan dua expansion packs iaitu Cursed Sails untuk bulan Julai dan Forbidden Shores untuk bulan September.

Trailer ini mengesahkan bila expansion packs tersebut akan dikeluarkan, serta sedikit hint tentang apa yang akan ada untuk kedua-dua kandungan packs.

Cursed Sails akan mempopulasikan lautan dengan krew-krew tengkorak dalam lautan yang dihantui oleh kraken, megalodon dan pemain-pemain lain.

Forbidden Shores kelihatan lebih apocalyptic yang mana ia dikatakan sebagai “sebuah tempat yang gelap di mana api dan debu memakan kesemuanya.” Dan juga terdapat gunung berapi yang boleh menghasilkan sebuah pengembaraan yang menarik.

Kita juga boleh jangkakan single player campaign untuk kedua-dua expansion, hampir sama seperti Hungering Deep. Single player campaign akan diberikan masa terhad dan membenarkan pemain untuk mengembara dengan kandungan baru, yang mana akan kekal dalam game.

Sumber: Polygon 

Written by Danial DaxZuher

Seorang penulis yang suka bermain game menembak, membaca novel aksi, mendengar lagu OST video games dan movies serta mencipta cerita pendek.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

We Happy Few: Game Indie Survival Ini Buat Korang Senyum Dalam Seram!

Doom Eternal Bawa Neraka Marikh Ke Bumi – Lebih Mengganas Dan Berapi!