Sea of Thieves merupakan salah satu game eksklusif untuk konsol Xbox One dan akan dipasarkan pada 20 Mac. Sesi beta tertutup yang seterusnya akan bermula pada 20 Januari dan juga akan hadir ke PC Windows 10.
Tapi korang hanya akan dapat akses masuk jika korang mendaftarnya pada tahun lepas atau sudah melakukan pra-pembelian game. Korang juga perlu ada langganan Xbox Live. Jika korang ada semua itu, korang boleh menyertai sesi beta tertutup. Sesi itu akan dilakukan selama lima hari sehingga 29 Januari. Maklumat lebih lanjut boleh klik di sini.
Selalunya, sesi beta tertutup tidak akan memberikan akses kepada keseluruhan game. Tapi ini boleh menimbulkan sikap ingin tahu kepada semua orang yang ingin menyelami ke dalam game pengembaraan lanun ini.
Comments
Loading…