Screenshot Pertama Detroit: Become Human Untuk Versi PC Dikongsikan

Pengarah dan pengasas Quantic Dream, David Cage telah memuatnaik screenhot pertama Detroit: Become Human untuk versi platform PC.

Dalam tweet yang dinaikkan, beliau memuatnaik wajah Connor, salah satu watak utama dalam game tersebut, serta turut mendedahkan bahawa mereka kini dalam fasa akhir untuk berkongsikan info lanjut. Pengumuman rasmi akan dilakukan dalam masa terdekat.

Pada Mac lalu Quantic Dreams telah mengumumkan bahawa Detroit: Become Human, Heavy Rain, dan Beyond: Two Souls akan dilancarkan ke Epic Games Store, sekaligus membenarkan para pemain di PC bermain tiga game daripada game Quantic Dream itu buat kali pertama.

Detroit: Become Human telah dikeluarkan untuk PS4 pada April 2018. Korang boleh baca reviu kami di sini.

Detroit: Become Human akan dilancarkan ke PC pada tahun ini, namun, tarikh tepat pelancarannya masih belum didedahkan.

JomKomen!