in , , ,

Screenshot Dari Gameplay Battlefield 6 Pula Tertiris, Memaparkan Beberapa Kenderaan Moden

Walaupun EA dan DICE sudahpun mengumumkan yang acara pendedahan penuh Battlefield seterusnya akan diadakan pada minggu hadapan, beberapa butiran terus tertiris lagi.

Kali ini, screenshot semasa gameplay pula yang tertiris. Ada empat keping screenshot yang korang boleh lihat di bawah, memaparkan kapal terbang, helikopter, kereta kebal dan bangunan-bangunan yang semuanya kelihatan bertemakan masa hadapan dekat (near-future).

Screenshot ini dikatakan datang dari sesi percubaan versi alpha, di mana dari senarai pemain dalam skuad yang tertera di skrin, kita dapat lihat beberapa Youtuber terkenal yang sudah mencubanya. Orang dalam industri yang terkenal memberikan info-info awal tentang Battlefield, Tom Henderson telah mengesahkan yang screenshot-screenshot ini adalah sahih.

Apa-apa pun, sama-samalah kita nantikan pendedahan rasmi pada minggu hadapan. Segalanya-galanya akan diperlihatkan pada 9 Jun, 10 malam (waktu Malaysia). Boleh tontonnya di Youtube rasmi Battlefield.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Syarikat Induk GTA Beli Studio Pembangun Top Eleven, Ketuk Pintu Game Mobile Bola Sepak

Bantu Gaza Dengan Beli Game Buatan Pembangun Palestin Ini, Termasuk Percuma Ratusan Game Indie Yang Didermakan