Bersaing secara sihat.
Bulan September merupakan antara bulan paling hangat untuk gaming pada tahun ini. Antara dua game yang bakal menggegarkan bulan hadapan ialah Marvel’s Spider-Man dan Shadow of the Tomb Raider (SOTTR).
Ya, kita boleh katakan yang dua game ini tidaklah bersaing secara langsung kerana masing-masing mempunyai tarikannya yang tersendiri. Namun, kita tidak boleh menidakkan yang pasti akan ada gamer yang akan memilih salah satu daripada game ini kerana pelancaran kedua-dua game hanya selang seminggu.
Dalam satu temu bual bersama COGConnected, pengarah game dari Eidos Montreal, Daniel Bisson dan ketua penulis game SOTTR, Jill Murray telah memberikan pandangan mereka mengenai perkara ini.
Apabila ditanya tentang persaingan ini, jawab Murray, “tahun ini adalah tahun yang hebat untuk video game.”
Kemudian, Bisson menyambung, “Ya, tepat sekali. Saya tidak risau tentang Spider-Man. Saya ada beberapa rakan yang membangunkan game itu, jadi saya sangat gembira untuk mereka juga, dan saya fikir, kamu katakan tadi, ia adalah tahun yang hebat. Dan bagi saya, Spider-Man dan Shadow of the Tomb Raider boleh wujud bersama. Ia adalah pengalaman berbeza. Satu adalah tentang pergerakan, bandarnya dan lain-lain, dan satu lagi adalah tentang pengembaraan dan mencari barangan yang membuat kehidupan ini istimewa.”
“Hanya satu game yang ada Lara Croft,” kata Murray pula.
JomGaming telahpun mainkan Marvel’s Spider-Man selama 2 jam, dan kalau korang nak tahu apa pandangan kami tentang game ini, korang boleh bacanya di sini.
Kalau nak tengok 15 minit gameplay pertama dalam Shadow of the Tomb Raider, korang boleh tontonnya di sini.
Bagi korang, game mana satu yang bakal korang dapatkan pada bulan September ini? Marvel’s Spider-Man atau Shadow of the Tomb Raider?
Marvel’s Spider-Man akan dilancarkan secara eksklusif di PS4 pada 7 September, manakala Shadow of the Tomb Raider pula akan dilancarkan di PC, PS4 dan Xbox One pada 14 September.
Comments
Loading…