Menu
in ,

Satu Lagi Ubisoft Forward Akan Diadakan Pada Tahun Ini

Dalam acara digital Ubisoft Forward yang berlangsung awal pagi tadi, kita telah disajikan dengan bermacam perkembangan terbaharu untuk game-game besar Ubisoft akan datang — antaranya Far Cry 6, Assassin’s Creed Valhalla, Watch Dogs: Legion dan Hyper Scape.

Walau bagaimanapun, kita pasti tertanya-tanya, mana game-game lain yang kita semua nantikan? Mana Skull & Bones, Roller Champions, Gods & Monsters dan lain-lain?

Game-game ini mungkin akan diperlihatkan tidak lama lagi kerana Ubisoft telah mengumumkan yang satu lagi episod Ubisoft Forward akan berlangsung pada tahun ini juga. Bila dan apakah kandungan yang akan diperlihatkan masih belum mereka dedahkan. Perkara ini diumumkan semasa penghujung Ubisoft Forward awal pagi tadi oleh CEO Ubisoft, Yves Guillemot.

Game apa yang korang harapkan akan diperlihatkan dalam Ubisoft Forward akan datang? Kongsikannya di ruangan komen.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Leave a Reply

Exit mobile version