Selepas memaparkan dua trailer sebelum ini, Netflix memperlihatkan satu lagi trailer terbaharu untuk DOTA: Dragon’s Blood, siri anime adaptasi game MOBA terkemuka milik Valve, Dota 2.
Trailer kali ini memaparkan durasi yang lebih panjang daripada sebelum ini, menampilkan gambaran jalan cerita yang lebih jelas serta beberapa karakter lain. Jom layan:
DOTA: Dragon’s Blood mengisahkan Davion, Dragon Knight tersohor yang bertekad untuk menghapuskan kesengsaraan dari muka bumi. Apabila bertembung dengan puteri mulia purba bernama Mirana yang dalam misinya tersendiri, karakter Dota 2 ini akan terlibat dengan peristiwa-peristiwa lebih besar yang tidak pernah beliau bayangkan.
Pelakon suara untuk Davion ialah Yuri Lowenthal, iaitu pelakon suara untuk Peter Parker dalam Marvel’s Spider-Man yang dibangunkan Insomniac Games.
Siri anime ini dibikin oleh Studio MIR, Ashely Edward Miller (X-Men: First Class, Thor and Black Sails) sebagai penulis dan penerbit eksekutif serta Ryu Ki Hyun sebagai penerbit eksekutif bersama.
DOTA: Dragon’s Blood akan menyajikan 8 episod yang akan ditayangkan di seluruh dunia di Netflix bermula 25 Mac ini.
Comments
Loading…