Netflix baru-baru ini telah menerima kecaman yang begitu hebat apabila telah mengumumkan Henry Cavill yang membawakan watak Geralt of Rivia akan digantikan dengan Liam Hemsworth.
Walau bagaimanapun, itu tidak menghalang Netflix untuk meneruskan lebih banyak siri daripada francais tersebut.
Terkini, terdapat satu laporan yang mengatakan satu lagi live-action spinoff untuk The Witcher sedang dalam pembikinan. Laporan ini datang dari Redanian Intelligence, sebuah laman yang boleh diyakini kesahihannya.
Menurutnya, siri ini akan memfokuskan kepada satu kumpulan anak muda dari Nilfgaard yang digelar The Rats.
Kumpulan ini akan diperkenalkan buat pertama kali dalam musim 3 The Witcher dalam episod 7 dan 8 apabila Ciri akan bertemu dengan mereka. The Rats akan ditampilkan dengan lebih kerap dalam musim 4. Namun, antara musim 3 dengan musim 4, inilah waktu di mana siri spinoff ini akan dikeluarkan.
Redanian Intelligence tidak dapat memastikan sama ada siri spinoff ini akan membawakan kisah asal (origin story) The Rats atau menceritakan apa yang berlaku antara musim 3 dengan musim 4 siri utama The Witcher.
Sama-sama kita nantikan sebarang pengumuman rasmi daripada Netflix mengenai ura-ura siri spinoff ini.
Siri spinoff terdekat yang akan menemui para peminat adalah The Witcher: Blood Origin yang dibintangi oleh Michelle Yeoh — mula tayang pada 25 Disember ini di Netflix.
Your point of view caught my eye and was very interesting. Thanks. I have a question for you. https://accounts.binance.com/en/register-person?ref=P9L9FQKY