Sebelum ini, Godfall menjadi game pertama PS5 yang diumumkan. Terbaru, satu lagi game untuk konsol generasi seterusnya telah diperkenalkan.
Outriders merupakan sebuah game co-op antara 3 pemain, bergenre RPG shooter yang menggunakan latar belakang sains fiksyen yang gelap. Game ini dibangunkan oleh People Can Fly dan diterbitkan oleh Square Enix.
Outriders pernah diumumkan buat pertama kali pada E3 2019, namun ketika itu belum lagi diumumkan untuk platform konsol generasi seterusnya. People Can Fly merupakan sebuah studio yang pernah membawakan game first-person shooter Bulletstorm.
Jom layan trailer sinematik yang telah dikeluarkan:
Outriders akan dilancarkan untuk PS5, Xbox Series X, PS4, Xbox One dan PC. Disebabkan game ini akan menjadi game yang sedia ada semasa pelancaran konsol generasi seterusnya itu nanti, kita perlu menunggu pengumuman tarikh pelancaran PS5 dan Xbox Series X untuk mengetahui tarikh pelancaran Outriders pula.
Comments
Loading…