in ,

Satu Lagi Easter Egg Uncharted Ditemui Dalam The Last of Us, Kali Ini Bar Yang Sama

Semakin lama usia siri game Uncharted dan The Last of Us, nampaknya semakin banyak easter egg yang ditemui para pemain dalam kedua-dua game ini.

Kali ini, seorang pengguna Reddit telah perasan satu persamaan yang mungkin ramai tidak perasan sebelum ini dalam Uncharted 3: Drake’s Deception dan game pertama The Last of Us.

Ianya adalah bar yang ada dalam Chapter pertama Uncharted 3, turut ditemui dalam The Last of Us. Korang boleh saksikan perbandingan gambarnya di bawah:

Lebih menarik, seorang lagi pengguna Reddit meninggalkan komen dengan mengatakan sebenarnya ada senaskhah akhbar di bahagian kanan bar dalam Uncharted 3 yang tertera tajuk besar menganai fungus (punca kejadian zombi dalam The Last of Us).

Bagi korang yang tertanya, ini hanyalah easter egg semata-mata yang dimasukkan Naughty Dog ke dalam kedua-dua game yang dibangunkan mereka ini, Tentunya, Uncharted dan The Last of Us tidak berkongsi universe yang sama.

Baru-baru ini, ada easter egg The Last of Us dan Part II yang ditemui dalam Uncharted 4, iaitu bekas ubat-ubatan dalam Uncharted 4 dari farmasi sama yang ada dalam The Last of Us.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Kembalinya Cyberpunk 2077 Ke PlayStation Store Terserah Sepenuhnya Kepada Sony, Kata CDPR

Pengalaman Habiskan The Witcher 3 Dari Kacamata Seorang Yang Tak Suka Main Game RPG

CD Projekt Red Janji Bangunkan Beberapa Game AAA Serentak Bermula 2022 – Berita Baik Untuk The Witcher 4?