in ,

Satu Game Star Wars Skala Kecil Oleh EA Akan Dilancarkan Tahun Ini – Khabar Angin

Sejak mula melangkah ke tahun 2021, kita disajikan dengan bermacam berita tentang game-game Star Wars. Nampaknya kehangatan ini tidak akan reda dalam masa terdekat kalau lihat daripada khabar angin terbaharu ini.

Satu laporan telah muncul di Reddit yang mengatakan EA sedang membangunkan satu game Star Wars baharu yang belum pernah diumumkan sebelum ini. Ia dikatakan akan dilancarkan pada tahun ini.

Apa yang menarik tentang ura-ura ini adalah ia dikhabarkan sebagai satu projek berskala kecil. Bukan seperti skala Star Wars: Jedi Fallen Order, tetapi lebih kepada skala yang dibawakan dalam Star Wars: Squadrons.

Laporan ini turut mendakwa yang game ini telah dibangunkan sejak kira-kira lebih dua tahun lalu — sebuah game bergenre shooter tapi katanya “tidak seperti first-person atau third-person shooter tradisional”, namun ada melibatkan gameplay senjata tembak-menembak.

Lebih mengejutkan, laporan ini mengatakan yang game ini dibangunkan melalui Unreal Engine 4, sesuatu yang agak aneh memandangkan ia terbitan EA tapi tidak menggunakan enjin game Frostbite.

Akhir sekali, khabar angin ini menjangkakan ia akan dilancarkan pada suku keempat tahun ini, dilancarkan ke semua platfom utama kecuali Nintendo Switch.

Tentunya, ini hanyalah khabar angin yang belum pasti ada asasnya, apatah lagi ia datang dari akaun yang tidak dikenali. Baca boleh, percaya jangan dulu.

Hanya masa boleh tentukan sama ada khabar angin ini sahih ataupun tidak.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Penyerang Liverpool, Diogo Jota Kini Pemain Nombor Satu FIFA 21 Di Dunia Untuk PlayStation

Battlefield 6 Dikatakan Mempunyai Elemen Percuma, Battle Pass, Kemusnahan Melampau