in

Satu Game Star Wars Baru Yang Tak Pernah Diumumkan Telah Tertiris Di PlayStation Store

Sebuah game Star Wars baru yang tidak pernah diumumkan sebelum ini telah tertiris di PlayStation Store untuk rantau Eropah.

Akaun Twitter @PSNrelease sempat menemui game ini dalam pangkalan data Store itu, yang mana game tersebut dikenali sebagai ‘Project Maverick’.

https://twitter.com/psnrelease/status/1235166862591352832?s=20

Tiada butiran lanjut yang berjaya ditemui. Kita hanya boleh menafsir apakah game ini sebenarnya daripada gambar yang dikongsikan ini sahaja, yang mana kita dapat melihat Star Destroyer dan beberapa X-Wings. Menurut Gematsu pula, Content ID untuk game ini menyatakan yang ia bukanlah game untuk VR, tetapi ia mempunyai kandungan Multiplayer.

Melalui apa yang kita ketahui setakat ini, lesen untuk membangunkan game Star Wars masih lagi dipegang oleh Electronic Arts, maka kemungkinan besar Project Maverick ini juga akan diterbitkan oleh syarikat itu.

Jadi, apakah game ini sebenarnya? Bila mereka akan umumkan?

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Pelakon Watak Sully, Mark Wahlberg Kata Filem Uncharted Terasa Seperti Indiana Jones

Roller Champions Diumumkan Untuk PS4, Xbox One, Switch Dan Mobile, Saksikan Trailer Baru

Roller Champions Diumumkan Untuk PS4, Xbox One, Switch Dan Mobile, Saksikan Trailer Baru