in , , , , ,

Satu Game Crash Bandicoot Baru Dilaporkan Bakal Keluar Pada Tahun 2019

Mana peminat-peminat game Crash?

Membawakan game-game klasik bersifat nostalgia sememangnya satu yang mampu menambat hati para gamers. Ianya terbukti apabila Crash Bandicoot N.Sane Trilogy mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan pada tahun lalu – walaupun ia hanya dikeluarkan untuk PS4.

Terkini, menurut isu terbaru dalam Licensing Source Book Europe, game remake yang menampilkan tiga game klasik Crash itu bakal dilancarkan ke platform PC dan Nintendo Switch pula. Malah ia turut melaporkan bahawa satu lagi game Crash baru akan dikeluarkan pada tahun 2019.

Walau bagaimanapun, ia tidak diketahui sama ada game Crash pada tahun hadapan itu adalah juga remake seperti tahun lalu, atau sebuah game Crash yang baru keseluruhannya.

Menurut laporan Push Square lagi, Activision kini mempunyai perancangan lima tahun untuk siri game Crash.

Jadi, apa komen korang? Korang mahu satu lagi game remake untuk Crash? Iyalah, banyak lagi game klasik Crash yang masih boleh di-remake, seperti Crash Nitro Cart.

Ataupun korang mahukan satu game Crash serba baru? Kongsikan impian korang di bawah.

Written by Faiz Tobeng

Abang Youtuber ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES.

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Donnie Yen Dedahkan Yang Filem Sleeping Dogs Masih Dalam Pembikinan

Notmycar Ialah Game Seperti PUBG, Tapi Pemain Berlawan Dengan Menaiki Kereta