Maju dah Coffee Stain Studios. Dari Goat Simulator ke Factory Simulator di planet asing!
Coffee Stain Studios mengumumkan trailer gameplay di pentas PC Gaming Show E3 2018 bagi game mereka yang akan datang – Satisfactory, sebuah simulator kilang.
Daftarkan diri korang untuk menyertai closed alpha dalam beberapa bulan lagi, dan bersedia untuk bermain secara solo ataupun co-op. Sebagai seorang engineer, korang akan dicampak ke planet asing dan perlu melombong sumber, membangunkan infrastruktur dan membina kilang-kilang. Bangunkan empayar kilang korang sehingga ke tahap memuaskan. Sebab tu nama game ni Satis-Factory!
Game ni mengingatkan penulis kepada game Astroneer yang dimainkan beberapa bulan lepas. Cumanya grafik dan art direction Stisfactory ini lebih mantap!
Comments
Loading…