Hideo Kojima sememangnya cukup terkenal melalui pembawaan idea-idea yang di luar kebiasaan. Ia cukup terserlah apabila semakin banyak gameplay diperlihatkan untuk game beliau akan datang, Death Stranding.

Bercakap kepada Financial Times (via VG247), Kojima sendiri mengakui bahawa beliau juga tidak faham dengan game ini kerana apa yang beliau ciptakan dalamnya adalah sesuatu yang belum pernah wujud. Katanya:

“Death Stranding… sampai sekarang, saya tak faham game ini. Pandangan dunianya, gameplay, semuanya serba baharu. Misi saya adalah untuk mencipta satu genre yang tidak lagi wujud pada ketika ini, dan akan membuatkan semua pihak terkejut. Makanya, secara semula jadi, mempunyai risiko…”

Beliau turut memberikan sedikit penjelasan bagaimana sesebuah kisah yang dipaparkan di pawagam berbeza dengan industri gaming.

“Ada beberapa kisah yang diceritakan [di pawagam] yang generasi saya akan terkejut tapi kepada generasi gamer, ia tidak aneh sama sekali. Kalau kamu ambil sesuatu yang berbentuk seperti pisang dan namakannya ‘epal’, itu adalah karya seni. Tapi ia tidak berlaku kepada game. Kami mencipta perkara yang interaktif. Sebiji pisang harus dapat dimakan selepas dikupas kulitnya. Kereta harus dapat dipandu. Untuk game menjadi interaktif dan menyampaikan keseronokan, ia harus mempunyai satu realiti di mana terdapat ramai insan di belakang tabir yang berusaha menjadikannya kenyataan.”

“Itulah kami — sekumpulan dalam industri perkhidmatan yang dipacu seni.”

JomBaca: 11 Minit Trailer & Gameplay Baru Death Stranding Ini Akan Buat Korang Makin Bingung

Death Stranding akan dilancarkan 8 November ini untuk PS4.

JomKomen!