in

Salah Seorang Pembangun DICE Dilaporkan Mengesahkan Battlefield 2018 Adalah Bad Company 3

Semakin dekat dengan pendedahan, semakin bermacam-macam info yang keluar.

Kita seperti telah disahkan bahawa game Battlefield baru yang akan dikeluarkan pada tahun ini adalah Battlefield Bad Company 3.

Laporan ini datang daripada satu tweet yang telah dikeluarkan oleh salah seorang pembangun DICE, Abbas Al-Rubaie. Walau bagaimanapun, selepas tweet itu mendapat perhatian ramai, ia telah dipadamkan dan akaun beliau telah ditukar kepada ‘private’ – menandakan yang kenyataan beliau itu mungkin ada benarnya.

Apa yang beliau tweet cukup ringkas, namun sudah cukup untuk mengesahkan yang Battlefield 2018 adalah Bad Company 3. Korang boleh lihatnya di bawah, yang sempat di-screenshot oleh Powerup Gaming:

Apa yang menarik tentang akaun Twitter Abbas Al-Rubaie ini adalah ia turut diikuti oleh akaun Twitter rasmi Battlefield dan beberapa akaun pembangun DICE yang lain.

Laporan tentang Bad Company 3 ini mempunyai persamaan dengan laporan sebelum ini. Namun,ada juga yang melaporkan bahawa Battlefield pada tahun ini adalah berjudul Battlefield V yang akan menggunakan latar belakang Perang Dunia Kedua.

Mungkinkah Bad Company 3 akan menjadi prekuel kepada siri Bad Company sebelum ini dan bertemakan WW2? Sama-sama kita nantikan.

EA telahpun mengesahkan Battlefield terbaru ini akan dilancarkan pada Oktober ini dan akan boleh dimainkan oleh orang ramai dalam acara EA Play pada Jun ini.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

Paladins Akan Keluar Dari Versi Beta Dan Dilancarkan Sepenuhnya Pada Minggu Hadapan

PES 2019 Akan Didedahkan Secara Rasmi Pada 9 Mei Ini