in , ,

Saksikan Yuna Unboxing, Kongsikan Pengalaman Pertama Bermain PS5

Minggu lalu, Yuna telah mendedahkan yang beliau telah menerima kelompok pertama set rasmi PS5 di Malaysia dari PlayStation Asia, serta menjanjikan suatu kandungan menarik bakal tiba.

Terkini, seperti dijanjikan, penyanyi tersohor antarabangsa itu telah memuatnaik satu video baharu di Facebooknya. Bersama-sama suaminya, Adam Sinclair, mereka memulakan video dengan mengimbau kenangan-kenangan mereka bermain PlayStation sepanjang hidup.

Kemudian, mereka terus melakukan unboxing PS5, seterusnya bermain Sackboy: A Big Adventure dan berkongsikan pengalaman mereka bermain PS5 buat kali pertama.

Yuna mempunyai channel Twitch sendiri, yang mana di channel tersebut beliau ada membuat livestream bermain The Last of Us Part II bersama Adam, selain turut membuat beberapa persembahan nyanyian secara live di channel itu.

Mungkin Yuna akan mengadakan livestream bermain PS5 tidak lama lagi? Sama-sama kita nantikan.

Written by Faiz Tobeng

Abang ini berpersonaliti jiwang di luar dan berjiwa pahlawan di online gaming. Casual gamers yang juga peminat tegar Battlefield series & PES (tapi sekarang dah berpaling tadah ke FIFA).

Comments

JomKomen!

Loading…

0

EBN Esports City Dirasmikan: Pusat Esports Terbesar Asia Tenggara Di Quill City Mall, Kuala Lumpur

The Last of Us Part II Ungguli The Game Awards Sebagai ‘Game of the Year’ Dan 6 Kategori Lain