Kita mungkin belum lagi disajikan dengan paparan menu utama atau user interface (UI) untuk PlayStation 5, namun video ini memberikan kita lebih info tentang hardware dan rekaan luaran konsol ini.
Sony telah mengeluarkan sebuah video yang menampilkan Yasuhiro Ootori, Naib Presiden Jabatan Rekaan Mekanikal, Divisyen Rekaan Hardware Sony Interactive Entertainment, memperkenalkan rekaan luaran PS5 serta kemudiannya membuka komponen dalaman konsol ini satu per satu. Setiap komponen yang ditunjukkan, beliau menerangkan apakah fungsi dan makna di sebaliknya.
Kepada mereka yang sudah berhasrat untuk membeli PS5, semestinya ini merupakan video yang wajib untuk kita tonton:
Apakah pendedahan dan ciri-ciri hardware PS5 yang paling korang tertarik dalam video ini? Kongsikannya di ruangan komen di bawah.
PS5 akan dilancarkan pada 12 November ini.
Comments
Loading…