The Witcher Di Netflix Mula Ditayangkan 20 Disember, Saksikan Trailer Terbaru Penuh Aksi

Tidak banyak babak The Witcher yang sama antara video game yang dibangunkan CD Projekt Red dengan siri tv Netflix kerana kedua-duanya mengubah mengikut citarasa masing-masing daripada apa yang telah tersedia dalam novel.

Tetapi, ada satu babak ini yang boleh kita bandingkan kerana jalan cerita dan aksinya boleh dikatakan seakan sama. Babak tersebut ialah aksi Geralt menumpaskan Striga, raksasa sumpahan yang merupakan adik kepada Raja Foltest.

Dalam game yang dibangunkan CDPR, babak ini merupakan babak sinematik pembukaan dalam The Witcher (game pertama), manakala dalam Netflix, ia disajikan dalam episod ketiga. Korang boleh saksikan video perbandingan yang agak menarik di bawah, disediakan oleh IGN:

Musim pertama The Witcher yang sedang ditayangkan di Netflix kini sedang hangat diperkatakan oleh peminat di seluruh dunia. Korang boleh baca reviu JomGaming untuk siri tv ini di sini.

JomKomen!