Kita sedia maklum bagaimana Naughty Dog sangat berahsia dalam mendedahkan sebarang butiran tentang The Last of Us Part II, tidak kiralah sama ada jalan cerita, gameplay atau sebarang rakaman dari game.
Terbaru, satu video di Twitter telah muncul, memperlihatkan bagaimana beberapa senjata api dalam game ini diubahsuai. Kita dapat lihat bagaimana senjata primary, dan pistol diubahsuai dan ditambaik — seperti rate of fire, kapasiti, stabiliti, dan lain-lain. Apa yang paling mengagumkan adalah grafik dan animasi pengubahsuainnya.
Korang boleh saksikannya di bawah, yang mana kapsyen adalah dalam bahasa Jepun (pembaca yang tahu berbahasa Jepun bolehlah beritahu maksudnya di ruangan komen):
https://twitter.com/Monakatyusa/status/1227450833262063617?s=20
The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 29 Mei 2020, eksklusif untuk PS4.
Comments
Loading…