Bulan Ogos lalu, para peminat siri Onimusha telah bersorak apabila Capcom telah mengumumkan yang mereka bakal menerbitkan Onimusha: Warlords versi remastered.
Terbaru, mereka telah mengeluarkan video gameplay pertama untuk game ini. Korang boleh saksikan game penuh nostalgia ini di bawah:
Versi ini akan menampilkan visual yang lebih baik, dengan kemaskini diperkenalkan kepada grafik background game, rekaan karakter, dan cut scenes. Capcom turut menambah sokongan analog stick, opsyen paparan 4:3 dan 16:9, serta soundtrack baru bersama-sama dengan rakaman lakonan suara Jepun yang baru.
Nak tahu lebih lanjut tentang game ini, korang boleh bacanya di sini.
Onimusha: Warlords akan dilancarkan ke PC (Steam), PS4, Xbox One dan Nintendo Switch pada 15 Januari 2019.
Comments
Loading…