Menjelang temasya sukan terbesar dunia pada tahun hadapan, SEGA telah mengumumkan tarikh pelancaran dan mengeluarkan video trailer untuk video game rasminya.

Berjudul “Olympic Games Tokyo 2020: The Official Video Game”, game ini akan dilancarkan terlebih dahulu untuk pasaran Jepun pada 24 Julai 2019, iaitu kira-kira 12 bulan sebelum temasya sukan sebenar bermula. Game ini dijangka akan dilancarkan ke seluruh dunia pada tahun hadapan, namun belum ada tarikh pelancaran yang diumumkan.

Platform yang diumumkan setakat ini ialah PS4 dan Nintendo Switch.

Dalam trailer yang dikeluarkan, ia memperlihatkan 15 sukan yang boleh dimainkan, dan berikut ialah senarainya:

  • 100m dash (renang)
  • 100m gaya bebas (renang)
  • 110m berpagar
  • Lompat jauh
  • Lontar tukul besi
  • 200m individual medley (renang)
  • Baseball
  • Bola sepak
  • Bola keranjang
  • Bola tampar pantai
  • Tinju
  • BMX
  • Tennis perseorangan
  • Tennis beregu
  • Ping pong perseorangan
  • Ping pong beregu

Mereka turut memperlihatkan bagaimana para pemain boleh mencipta dan menghias avatar masing-masing.

Terdapat empat mode di menu utama iaitu Olympic Games (boleh man 2 orang secara offline, dan 4 orang secara online), Rank Games, Training dan My Data.

JomKomen!