Selain Batman: Gotham Knights, acara DC FanDome tengah malam tadi turut mendedahkan sebuah lagi game baharu, iaitu game pertama yang memfokuskan kepada Suicide Squad, seperti yang dijanjikan dua minggu lalu.
Diberi judul Suicide Squad: Kill the Justice League, Rocksteady mendedahkan game ini melalui satu video trailer sinematik yang melucukan. Keseluruhan trailer dipenuhi dengan seloroh dan aksi Suicide Squad, yang terdiri daripada Harley Quinn, King Shark, Deadshot dan Captain Boomerang — sebelum diakhiri dengan penampilan Superman di hujung trailer.
Menurut IGN, keempat-empat karakter ini mempunyai abiliti dan gerakan unik tersendiri serta pelbagai customizations senjata untuk menumpaskan Justice League, termasuklah adiwira terkuat, Superman. Lebih menarik, game ini boleh dimainkan secara solo atau co-op sehingga 4 pemain, dan boleh bertukar-tukar antara 4 karakter itu pada bila-bila masa.
Tiada gameplay diperlihatkan buat masa ini, namun menurut deskripsinya, Suicide Squad: Kill the Justice League adalah sebuah game action-adventure shooter. Malah game ini masih lama lagi untuk dilancarkan kerana mereka menyasarkan untuk berada di pasaran pada tahun 2022 untuk PS5, Xbox Series X dan PC.
Comments
Loading…